Selena Gomez Pernah Dimarahi Pengasas Instagram
Walaupun dinobat sebagai artis ternama di dunia dengan bilangan followers paling banyak di Instagram, Selena Gomez juga tidak dapat mengelak daripada “dimarahi” pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom.

Foto Lia Toby/WENN.com
Dalam satu temubual bersama Billboard baru-baru ini Selena berkongsikan detik-detik dia berhadapan dengan “amarah” Kevin tiap kali dia berehat dari berkongsikan sebarang entri di Instagram.
“[Kevin] pernah marah pada saya sebelum ini apabila saya mengatakan, ‘Saya perlu berehat seketika daripada Instagram’,” ujar Selena sambil menambah yang ia tidak membawa sebarang makna negatif dan dia sangat menyayangi Kevin.

Umum sudah mengetahui sebab sebenar Selena berehat daripada media sosial sejak tahun 2016 adalah untuk memberikan tumpuan kepada kesihatannya dan dia juga menyatakan “social media detox” boleh membantu memperbaiki kesihatan mental seseorang.
Removing myself was about spending time with things that matter. I’ve been hanging out with an old friend, and basically every conversation, we want it to be intentional. Meaningful conversations remind you that it’s all within where we are. It’s not about what’s happening with everything else.
Sorotan Lain— Selena Gomez, Billboard
Selena juga pernah berkongsi dengan peminat-peminatnya melalui Vogue awal tahun ini bagaimana harga dirinya merundum, dia mengalami kemurungan dan kerisauan yang teruk menyebabkan dia mengalami serang panik sebelum dan selepas dia membuat persembahan.
“Pada asasnya saya merasakan saya tidak cukup bagus, tidak berkebolehan. Saya merasakan saya tidak memberi apa-apa kepada peminat-peminat saya, dan mereka juga mengetahuinya– membuat saya berfikir segalanya adalah berputarbelit.”
Aktres dan penyanyi ini juga pernah membincangkan kenapa dia mengelak daripada menggunakan Instagram sebelum ini dan mengesahkan apabila dia diumumkan sebagai pengguna Instagram dengan bilangan pengikut paling tinggi menyebabkan dia merasa lebih gusar dan oleh kerana itu dia mementingkan waktu berehatnya daripada media sosial.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
