Selebriti Malaysia Archives - Glam Malaysia

GLAM isu Jun/Julai 2023 menampilkan selebriti popular, Fasha Sandha sebagai wajah muka depan majalah kami kali ini. Ayuh tonton video balik tabir bersama wanita ini. Seorang yang cukup peramah dan ceria walau penggambaran bermula awal pagi. Penulis mendekati wanita ini, ternyata Fasha Sandha memiliki kulit wajah yang amat mulus. Rambut panjang hitam berseri menarik perhatian kami. Jurusolek terkemuka, Khir Khalid, memilih untuk bermain dengan teknik solekan mata smoky untuk Fasha manakala Ckay memilih untuk melepaskan sahaja rambut wanita ini yang sememangnya cantik menawan.

Tonton video GLAM mengikut wanita ini bersiap untuk penggambaran muka depan majalah GLAM ini...