Sekarang Dunia Fesyen Pula Bersuara Berkenaan Skandal Weinstein

Anna Wintour & Dunia Fesyen Bersuara Ikutan Skandal Seks Harvey Weinstein

Siasatan masih berjalan, Weinstein masih lagi di Eropah mendapatkan rawatan untuk “ketagihan seks”, semakin ramai pelakon wanita Hollywood tampil untuk berkongsi kisah pahit mereka, Motion Picture Academy telah melucutkan keahlian Weinstein, dan kini dunia fesyen pula tampil untuk memberi sokongan mereka kepada mereka yang menjadi mangsa lelaki ini.

 

Anna Wintour dan harvey Weinstein menghadiri pertunjukan Marchesa sewaktu NYFW F/W 2017.
Gary Gershoff/WireImage

Ratu dunia fesyen Anna Wintour sendiri telah menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang telah terjadi kepada wanita-wanita tersebut. “Kelakuan seperti ini sangat mengerikan dan tidak boleh diterima. Saya merasa gerun memikirkan apa yang telah dialami oleh wanita-wanita ini dan mengagumi keberanian mereka untuk tampil ke pihak umum dan berkongsi kisah mereka. Saya turut merasa simpati kepada Georgina dan anak-anaknya. Kita semua punyai tanggungjawab untuk menghasilkan persekitaran yang selamat di mana semua orang boleh bekerja tanpa merasa takut,” ujar Wintour kepada The New York Times.

 

See also
Melentingkah Suami Jika Ditegur Isteri?

Sebelum ini beberapa laporan menyatakan jenama fesyen mewah milik Georgina, Marchesa, berada dalam keadaan bahaya ikutan skandal seks ini dan Wintour juga mengungkit pembabitan Weinstein secara langsung dalam industri fesyen ini di mana dia pembuat filem tersebut dikatakan mengugut pelakon wanita untuk memakai rekaan bekas isterinya itu.

 

Pelakon, Felicity Huffman sendiri telah mengesahkan dakwaan ini minggu lalu kepada TooFab. Huffman menyatakan Weinstein telah mengugut untuk menarik bantuannya kepada filem Huffman jika dia enggan mengenakan rekaan Marchesa ke beberapa acara karpet merah.

 

Selain itu, pereka terkenal Tom Ford juga menyatakan kelakuan Weinstein ini tidak boleh diterima langsung walaupun mereka pernah bekerjasama.

 

“Apa yang dilakukan oleh Harvey adalah sangat mengejutkan, tidak boleh dipertahankan, dan sangat menganggu. Saya tahu Harvey menyukai wanita muda dan cantik. Saya tidak sedar akan perangai buruknya ini atau dia pernah membayar untuk mendiamkan orang sebelum ini.”

 

Sekarang dunia fesyen juga sudah bersuara can someone put him in jail atau sangkar mungkin?

See also
Selebriti Yang Disahkan Negatif Covid-19