So Cute!! Rihana Petra Akhirnya Berkongsi Wajah Comel Ismail Leon
Isu penceraian melibatkan Sultan Muhammad V dan bekas isteri, Rihana Oksana Petra mungkin masih belum tamat dek pelbagai spekulasi yang timbul. Baru-baru ini, akhirnya model dan juga ratu cantik Russia itu ada memuatnaik beberapa foto gambar wajah anak lelaki sulungnya di laman Instagramnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata…Namun Ia Tangisan Kegembiraan…’ Rihana Petra Tetap Bersyukur Walaupun Diceraikan
Putera sulungnya itu yang diberi nama Ismail Leon kini sudah berusia 5 bulan. Ternyata comel sungguh dan rata-rata netizen memuji kecomelan bayi lelaki ini, apatah lagi ini kali pertama Rihana Petra berkongsi gambar anaknya untuk tatapan awam. Dengan kepsyen, "Hello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much", yang pasti hantaran ini cukup mengujakan ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

Di samping itu, Rihana Petra turut merakam dan memuatnaik video di IG Story menyaksikan momen dirinya sedang menyusukan anaknya. Bulan lalu, Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky di Rusia, menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai sekitar RM47 juta. The case is still ongoing.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Muhammad V Timang Cahaya Mata Lelaki Bersama Oksana Voevodina?
Jom kita lihat gambar-gambar Ismail Leon yang selanjutnya. (Foto: Instagram @Rihanapetra)
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

