
Siti Saleha terus gah membina reputasinya dalam dunia hiburan tanah air dan dilihat menjaga penampilan tatkala hadir ke acara penting seperti anugerah hiburan atau tayangan perdana. Sofistikated menjadi DNA utamanya ketika bergaya.
Siapakah pereka fesyen kegemaran anda?
Sejujurnya, saya cukup seronok melihat industri fesyen baik lokal mahupun antarabangsa. Semunya cukup indah belaka dan memberi khabar gembira buat wanita. setiap kali melihat gaya baru di pentas fesyen, ia memberi saya idea untuk membina stail yang seterusnya. Sekarang ini rekaan oleh Rizman Ruzaini antara yang menjadi pilihan hati. Ini kerana, mereka seakan tahu bagaimana untuk memberikan saya gaya yang lebih elegan. Umur pun sudah meningkat!
Apa item fesyen dalam gerobok yang hendak dibuang?
Ini adalah satu fasa saya dalam hal bergaya. Ketika muda remaja saya cukup gemar bergaya dalam ceraian bersaiz besar. Namun, setelah menjadi lebih matang, selera fesyen saya juga turut berubah. Tidak lagi mahu bergaya dengan seluar baggy! Mengingatkannya boleh buat saya tertawa sendiri. Kini semua seluar dan baju gedoboh telah saya buang, tidak mahu lagi simpan dalam almari, takut-terpakai pula nanti!
Barangan fesyen yang masih tersimpan rapi dalam almari anda?
Sejak mula membuang ceraian baggy, kini saya mula mengemas almari sebaik mungkin. Buat masa sekarang semuanya masih elok tersusun. Saya bukan jenis yang suka membuang pakaian kerana mana tahu ada kegunaannya buat masa hadapan. Paling penting adalah setiap yang ada dalam almari itu perlu kemas tersusun mengikut kepentingan.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
