Pasangan Hollywood Yang Sudah Berpisah Pada Tahun 2017
Dunia cinta dalam industri Hollywood boleh diibaratkan seperti waktu yang berlalu pada tahun 2017 ini. Sekelip mata sahaja kita sudah makin menghampiri penghujung tahun ini. Begitu juga dengan tempoh hubungan selebriti-selebriti ini. Ada yang sudah disangkakan akan berpisah malah ada juga perpisahan yang mengejutkan peminat-peminat mereka dan juga khalayak umum yang jarang memberi perhatian kepada hubungan mereka ini.
Baru-baru ini Josh Duhamel dan Fergie selepas lapan tahun bersama, telah mengambil keputusan untuk menamatkan perjalanan mereka sebagai pasangan. Selepas lapan tahun juga Anna Faris dan Chris Pratt menjalinkan hubungan dan mereka juga memutuskan untuk berpisah. Tidak lupa juga dengan pasangan-pasangan seperti Katy Perry dan Orlando Bloom, Alexander Skarsgård dan Alexa Chung, serta Scarlett Johansson dan bekas suaminya Romain Dauriac.
GLAM menghimpunkan pasangan A-List yang telah memilih jalan mereka masing-masing sebagai individu dan bukan pasangan lagi.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

