fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Miss Universe Malaysia 2025, Kisah Inspirasi Chloe Lim
10 Soalan Bersama Susan Lankester
DYTM Raja Muda Selangor & YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Selamat Diijab Kabul
10 Soalan Bersama Datuk Nurulhidayah
Kavita Sidhu x Roberto Guiati, Lovestruck! How This Glamazon Met Her Match
Home > Personaliti > Most GLAM 2018: Jasmine Suraya Chin

Most GLAM 2018: Jasmine Suraya Chin

Gambar Chuan Looi

Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 29, antara bintang pelakon dan pengacara televisyen yang dianggap bertuah. Walaupun memulakan karier lakonan agak lewat tetapi dalam waktu yang singkat namanya mudah mendapat tempat. Inilah yang dikatakan sebagai tuah. Tahun ini pencapaian terbesarnya adalah apabila filem ‘Paskal’ lakonannya ditayangkan di pawagam. “Karakter yang saya bawa untuk filem Paskal penuh emosi, banyak bermain dengan air mata. Sewaktu casting untuk watak itu ramai sangat yang handal mencuba, dan apabila saya terpilih ia merupakan satu kejayaan buat saya.” Jasmine juga berazam untuk memperbaiki mutu lakonannya dan membuka dirinya untuk apa sahaja watak atau karakter yang akan diberikan pengarah kepadanya. Dia mahu versatil dalam bidang lakonan. Wanita ini juga berterima kasih kepada peminat yang memberinya sambutan hangat menerusi lakonannya dalam drama bersiri ‘Alamatnya Cinta’.