Mata Pasti Terpikat Dengan Tengku Fahd, Adinda Sultan Pahang
GLAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Sultan Pahang ke-6 Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada hari ini di Istana Abu Bakar. Sambil rakyat Pahang meraikan hari penuh bermakna ini, kelibat adinda Sultan Pahang Tengku Fahd Mu'adzam menggoda mata umum dengan ketampanan beliau.

Melalui sesi sidang media di istana Sabtu lalu, kemunculan Tengku Abdul Fahd Mu'adzam Shah dirakam seorang netizen menjadi tular apabila ramai mula memuji ketampanan ahli kerabat diraja ini. Anakanda kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah merupakan seorang jejaka tinggi lampai dan perwatakan tenang yang ditampilkan membuatkan hati orang ramai mula cair.
Kini popularitinya mula melonjak naik, forgive us Prince Mateen, ambil peluang untuk mengenali siapa YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Darul Makmur Tengku Abdul Fahd Mu'adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Menerima pendidikan di Garden International School, Kuala Lumpur, sebelum lenjautkan lagi pelajarannya di United Kingdom dan seterusnya Universiti Princeton, Amerika Syarikat.
Tengku Abdul Fahd Mu’adzam telah dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K. I) pada tahun 2002 dan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K. II) pada tahun 2008.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Jun 03, 2026
Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT
Jun 02, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026

