Kendall Jenner Mengalahkan Gisele Bündchen Sebagai Highest Paid Model Di Dunia
Saban tahun Forbes mengeluarkan senarai model dengan bayaran tertinggi di dunia dan setiap tahun juga model veteran Gisele Bündchen pasti akan memegang tempat pertama untuk kategori ini. Namun kini nampaknya model generasi baru dan antara peneraju Instagram It-Girls Kendall Jenner telah merampas takhta tersebut daripada Gisele.
Perkara ini sudah dijangkakan sejak Gisele bersara daripada dunia peragaan pada tahun 2015. Kendall yang sudah mempunyai kontrak bersama beberapa jenama besar seperti La Perla, Adidas Originals, dan Estée Lauder juga pernah melibatkan diri dengan kempen untuk Fendi dan Alexander Wang. Tidak dilupakan juga jenama Kendall + Kylie yang dibina bersama adiknya. Tahun ini sahaja Kendall sudah menghiasi muka hadapan untuk 14 buah majalah serata dunia.
Anggaran yang dibuat oleh Forbes tentant pendapatan Kendall untuk sepanjang tahun ini adalah sebanyak $22 juta menerusi kontrak eksklusif, kempen, dan bayaran daripada rancangan Keeping Up With The Kardashian. Selain Kendall, Gigi dan Bella Hadid juga berjaya memasuki senarai tersebut dan tidak lupa juga Ashley Graham yang merupakan model berbadan besar pertama yang tersenarai.
GLAM senaraikan 10 top model dengan bayaran tertinggi di dunia yang dijumlahkan sebanyak $109.5 juta. Klik seterusnya.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
