Semua wanita yang di dunia ini pasti ingin berkeluarga, dan seterusnya memiliki anak yang ramai untuk kelangsungan keturunan. Namun, jangan terkejut sekiranya ada wanita yang enggan untuk memiliki anak, walaupun sudah berkahwin beberapa kali. Ya, mengejutkan bukan, tapi itulah realitinya! GLAM senaraikan lima selebriti Hollywood yang masih enggan untuk memiliki anak.
——
1. Oprah Winfrey
Siapa yang tidak mengenali mogul dan pengusaha media paling berjaya di dunia ini. Tahukah anda, Oprah memilih untuk tidak memiliki anak sepanjang kerjayanya, walaupun selepas berkahwin dengan Stedman Graham. Alasannya, Oprah merasakan dirinya tidak memiliki kesabaran yang kuat untuk mengasuh dan menjaga bayi. Walaupun tidak memiliki anak secara biologi, Winfrey mempunyai 172 anak perempuan angkat di bawah yayasan Oprah Winfrey Leadership Academy for Girls.

2. Jennifer Aniston
Walaupun sudah berkahwin dua kali, Jennifer yang berusia 50 tahun enggan menjadikan profesion sebagai ibu satu-satunya cara untuk seorang wanita mengecap kebahagiaan. Bagi Jen, beliau menolak kesempurnaan seorang wanita yang ditentukan sama ada seseorang itu mampu untuk hamil atau tidak.

3. Dolly Parton
Penyanyi lagenda ini mengakui tidak sama sekali kesal kerana tidak mempunyai zuriat meskipun pernikahannya bersama Carl Thomas Dean sudah berusia lebih dari setengah abad. Walau umurnya sudah mencecah 74 tahun, Parton yang berasal dari keluarga besar dengan tujuh adik-beradik tetap mengakui menyayangi anak buah serta cucu saudaranya.

4. Chelsea Handler
Pengacara terkenal ini beranggapan bahawa dirinya tidak mungkin untuk menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anaknya. Malah, Chelsea juga mengalami trauma sewaktu kecil apabila terpaksa menggugurkan kandungannya ketika dia berusia 16 tahun. Sejak itu, Chelsea tidak percaya dirinya mampu menjadi seorang ibu sampai bila-bila.

5. Ellen DeGeneres
Walaupun berkahwin dengan pasangan sejenis, pelakon Portia De Rossi, Ellen tetap bahagia dengan kehidupannya malah enggan mengambil anak angkat. Baginya, kehidupannya dengan Portia sudah lengkap dan tiada apa perlu diubah atau ditambah.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
