Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas
Perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang memakan masa hampir empat hari untuk disempurnakan selayaknya menjadi tajuk perbualan orang ramai.

Saat Priyanka Chopra tampi dipimpin ibunya, Madhu Chopra, dunia tergamam menyaksikan keanggunan Priyanka dalam persalinan Ralph Lauren yang bertambah megah dengan vel tulle berukuran 75 kaki. Setiap langkah yang diambil Chopra menuju ke arah cinta abadinya, Nick Jonas, membuatkan si suami menitiskan air mata kegembiraan.
"Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang puteri di hari bahagianya. Tetapi saya tidak pernah mempunyai perancangan akan apa yang saya ingin jadi," terang Priyanka kepada People.
Pasangan ini bertukar ungkapan 'I do' melalui upacara perkahwinan Kristian yang dirasmikan oleh bapa Nick iaitu Paul.
Upacara perkahwinan Hindu pula diadakan pada keesokan harinya. "Berpeluang untuk mengadakan dua buah majlis besar-besaran di India bersama keluarga dan rakan rapat kami adalah detik yang sangat sangat istimewa," ujar Priyanka.
Chopra dan Jonas mengakhiri upacara perkahwinan mereka pada hujung minggu lalu dengan upacara Bidaai, sebuah upacara buat pengantin di mana keluarga Priyanka memberikan restu buat kehidupan baharunya bersama Jonas.
Tidak sampai di situ sahaja. Pada hari Selasa (4 Disember 2018), pasangan pengantin baharu ini bersama keluarganya menyambut perkahwinan mereka sekali lagi di dalam sebuah resepsi di Delhi.
Priyanka dilihat sangat menawan dalam lehenga berona krim bermanik, pakaian tradisional labuh panjang, skirt bersulam dengan blaus cropped lengan panjang serta shawl draped dupatta. Nick pula mengenakan tuksedo navy.

Gambar : Altaf Qadri/AP/REX/Shutterstock
Pasangan ini juga memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen yang menambat hati orang ramai, "And forever starts now," tulis Priyanka. Manakala Nick pula menulis, "Happiest day of my life."
Lihat setiap gambar terindah di perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas di bawah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Dua Dekad Cartier Women’s Initiative Memacu Impak Usahawan Wanita
Apr 09, 2026
Cara Baru Untuk Lindungi dan Rawat Kulit Anda Setiap Hari
Apr 09, 2026
GLAM Junior: Datin Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama
Apr 08, 2026
Club Med Serre Chevalier Tawar Gaya Hidup Eco-Friendly
Apr 08, 2026
5 Trend Sunglases Shades untuk Wajah yang Berbeza
Apr 08, 2026
Ini 5 Cara Chic Menggayakan Perhiasan Mixed Metal
Apr 08, 2026
Koleksi COS SS26 Membingkai Keanggunan Sinematik Di Seoul
Apr 08, 2026

