Awkwafina Lakar Sejarah Di Golden Globe 2020
Aktres Awkwafina atau nama sebenarnya Nora Lum telah melakar sejarah sebagai pelakon berdarah Asia pertama yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik-Muzikal/Komedi di Anugerah Golden Globe 2020.
Menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett, Emma Thompson, Beanie Feldstein dan Ana de Armas, menerusi lakonannya sebagai Billi dalam filem The Farewell yang berdasarkan daripada kisah sebenar. Anugerah yang dimenangi Awkwafina adalah kemenangan tunggal bagi filem The Farewell mengisahkan tentang wanita berketurunan Cina-Amerika yang bergelut dengan identiti budaya semasa ingin melindungi neneknya (Zhao Shuzhen).
Awkwafina tampil elegan di Golden Globe 2020 dengan persalinan Dior Couture dan dihias mewah dengan berlian daripada Forevermark. Lebih menarik jari yang menggenggam trofi kemenangan dihiasi barang kemas berupa cincin ialah koleksi Journey daripada berlian Forevermark yang direka khas oleh DeGem Malaysia.
Berikut adalah lima fakta menarik mengenai wanita ini.
https://www.instagram.com/p/B6-pwiQJk2F/
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026
