GLAM Heart: Program Ramah Mesra Bersama Kanak-Kanak di Hospital
Menatap senyuman penuh gembira kanak-kanak di hospital Selayang, membuah rasa gembira kami yang berkunjung.
GLAM made a comeback dengan acara GLAM Heart tahun ini bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami memilih untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik. Projek ini turut dijayakan bersama Jaeger-LeCoultre (JLCCares) dan juga Hospital Selayang yang sudi membantu merealisasikan niat murni kami ini.
GLAM turut menjemput YM puteri-puteri kerabat diraja Pahang yang terdiri daripada YM Datuk Tunku Kaiyisah, YM Puteri Munawarah Syamiyyah, YM Puteri Noor Afzan, YM Tengku Iman, YM Puteri Suraiya, dan YM Puteri Amida Afsha untuk menjadi muka utama projek GLAM Heart dengan membuat penampilan istimewa sesi bersua muka bersama kanak-kanak di Wad Pediatrik 8B, Hospital Selayang.
Selain itu mereka juga turut menyumbang hadiah dalam bentuk permainan yang dipilih oleh puteri-puteri ini sendiri menjelang lawatan tempoh hari.
Kami mengharapkan dengan usaha dan bantuan kami ini berupaya untuk menceriakan kanak-kanak seluruh wad. Kerana senyuman yang dipamerkan mereka sewaktu lawatan kami pada 24 Julai 2017 membuatkan hati kami tenang dan memberi tenaga kepada kami untuk terus berjuang untuk hidup kami sendiri.
Lanjutan acara, kami bakal membuat bidaan jam tangan Jaeger-LeCoultre di majlis minum teh kelak. Kutipan bidaan akan disumbangkan bagi mereka yang memerlukan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026
Potongan Rambut Yang Sesuai Ikut Bentuk Wajah
May 19, 2026
5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia
May 19, 2026
Ini Kamera Poket Paling ‘Chic’ Buat Solo Traveler
May 19, 2026
Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!
May 19, 2026
Hijab Ikon: Dolly Dalilah Pilih Wellness Sebagai Self-Love
May 18, 2026

