#StayHomeWithGD - Tip Penjagaan Tanaman Dalam Pasu - Glam Malaysia

#StayHomeWithGD – Tip Penjagaan Tanaman Dalam Pasu

Anda tidak perlu tinggal di kawasan kampung hanya semata-mata untuk bercucuk tanam. Anda boleh berkebun di ruang dapur sendiri, terutamanya di waktu PKP ini. Sayuran segar lebih sesuai ditanam di bekas atau pasu yang agak kecil dan sempit. Cuba tanaman yang memerlukan ruang yang sedikit seperti tomato atau cili. Juga, pokok herba lebih sesuai pasu di balkoni atau koridor yang matahari memancar secara langsung untuk separuh hari. Pucuk benih juga antara tanaman permulaan yang sesuai kerana tanaman ini tidak memerlukan cahaya yang banyak dan juga membuahkan hasil dalam masa lebih kurang dua minggu.

Tanah yang baik
Pilih tanah yang telah diubah suai kerana ia akan mengekalkan aliran udara untuk tanaman anda. Campuran tanah yang ideal: Campuran tanah sama rata antara sisa tanah yang terbakar (sisa dari daun-daun kering yang dibakar) dengan kompos yang reput. Tambah dengan baja larut air seperti Phostrogen.


Lokasi Cerah
Sayuran dan herba yang tumbuh di balkoni perlu didedahkan kepada cahaya matahari secara langsung selama enam jam setiap hari. Jika di luar, pastikan tanaman ditanam di tempat yang agak redup.

See also
Top Trend Rekaan Dapur Bagi 2020

 

Penghidratan Yang Kerap
Tanaman di dalam pasu memerlukan air lebih kerap dari tanaman di tanah. Apabila tanaman semakin matang, sistem akar juga akan berkembang  dan memerlukan lebih banyak air. Tolak penyepit kayu ke dalam tanah – jika terasa lembab, maka anda boleh berhenti dari memberikan air pada tanaman.

‘Rumah’ Yang Sesuai
Gunakan baldi lama ataupun kotak styrofoam. Buat lubang kecil di bawah baldi dan kotak berkenaan untuk mengalirkan air berlebihan. Pilih bekas mengikut saiz anak pokok, pindahkan tanaman ke bekas yang lebih besar setelah tanaman matang.