Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Pengalaman Gastro Epik Mesra Muslim di Western Australia

Apabila berkunjung ke luar negara, bahagian terbaik bagi sesebuah percutian sudah tentu ialah makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengalami pengalaman menakjubkan di sesuatu tempat dan budaya dengan merasai makanannya.

Percutian ke Western Australia tidak akan lengkap tanpa merasai makanan tempatan. Walaupun wilayah di Australia Barat terkenal dengan wain, pasti anda berfikir tidak banyak pilihan makanan mesra Muslim di sana. Tidak sama sekali. Disini terdapat banyak pilihan mesra Muslim, bukan hanya di ibu kota Perth malah di seluruh wilayah yang lain juga.

Berikut adalah panduan untuk mencari pilihan mesra Muslim untuk pengembaraan gastro epik di Western Australia.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Berkunjung ke kafe tempatan

Alami sendiri budaya kafe di Australia yang terkenal di Perth serta wilayahnya dengan menikmati kopi berkualiti terbaik di pelbagai kafe yang menawarkan pilihan menu makanan vegetarian dan vegan. Singgah di Lane Cafe yang terletak di Pulau Rottnest untuk menikmati kopi segar panggang dan pelbagai pilihan sarapan pagi dan makan tengah hari gourmet yang memenuhi semua keperluan diet. Anda juga boleh menikmati jus segar, smoothies dan acai bowls, menjadikan Lane Café sebagai perhentian penting sebelum anda menjelajahi keajaiban Pulau Rottnest dan mula memburu selfie dengan marsupials yang paling bahagia di dunia iaitu Quokkas!

Picture credit: Tourism Western Australia