Kediaman – Sentuhan Kontemporari Sejati Residence
Warna-warna pop hangat kuning, hijau dan biru menjadi latar spektrum palet kediaman. Kediaman jenis semi-detached dua tingkat, Sejati Residence di Cyberjaya ini disempurnakan oleh firma reka bentuk Mamyhome Interior Design Renovation. “Lokasi yang dekat dengan tempat kerja di KLIA adalah faktor utama saya memilih kediaman ini. Lagi pula, ramai kawan sekerja yang tinggal di kawasan sama menjadikan saya selesa,” beritahu pemilik yang bekerja sebagai juruterbang. Beliau meletakkan kepercayaan penuh pada Mamyhome untuk menata gaya seluruh ruang kediaman. Mengambil masa hampir tiga bulan untuk disudahkan, kediaman ini tidak melewati sebarang proses renovasi reka pelan asal; hanya penambahan kemasan kayu pada dinding dan binaan ruang dapur kering.

Reka pelan ruang kediaman berkeadaan terbuka tanpa sebarang pembahagi atau dinding pemisah. Ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur kering berkongsi lantai yang sama. “Terdapat beberapa reka pelan lantai berbeza untuk unit-unit kediaman di Sejati Residences, ada yang bersekali courtyard tetapi saya memilih reka bentuk ini kerana berkeadaan lapang langsung tidak menyesakkan mata,” kata pemilik yang mendiami bersama isteri tercinta dan tiga orang anak.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026


