Kediaman Keeping Up With The Kardashians Kini Untuk Dijual

Poster rancangan realiti yang bersiaran di Channel E!.
Sememangnya dunia hari ini banyak berkisar pada episod realiti televisyen dan tidak dinafikan bahawa ramai yang sedikit sebanyak menonton antara rancangan realiti popular Keeping Up With The Kardashians yang menampilkan keluarga kepada selebriti terkenal Kim Kardashian bersama ibu dan adik beradiknya yang lain.
Jika anda pernah menonton rancangan ini, terdapat sebuah kediaman yang dipaparkan ketika montaj ataupun sesudah siaran iklan. Hakikatnya kediaman ini bukanlah kediaman yang didiami oleh ahli keluarga terkenal ini juga ia tidak terletak di Calabasas, California. Ini adalah dilakukan untuk tujuan keselamatan mereka. Kediaman yang dipaparkan ini terletak sebidang tanah yang berkeluasan mencecah hampir satu ekar di komuniti Fryman Estates yakni di Studio City yang menjadi antara pilihan popular selebriti di sana. Dikhabarkan nilai penjualan rumah agam ini sekitar sembilan juta dolar Amerika.
Kediaman ini dilengkapi mempunyai halaman yang bersaiz hampir 7800 kaki persegi manakala ruang dalamannya menampilkan tujuh kamar beradu dan lapan kamar kecil. Ia turut dilengkapi foyer dua tingkat bersama kamar menonton, dapur dalam dan luar juga kolam renang air masin. Lebih menarik lagi, gaya seni bina ala Itali menampilkan gaya tradisonal yang diperindah dinding venetian yang dilengkapkan oleh artis mural Giorgio Tuscany.
Selain dari itu, kediaman ini pernah digunakan sebagai salah satu lokasi buat rancangan yang dipaparkan di saluran HBO yakni "True Blood" dan "Rome".
Sumber berita : Elle Decor
Gambar : Steven J. Magner
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

