GLAM Deko Promosi - Menangi Set Alas Quilt tajaan Laurea Home Furnishing - Glam Malaysia

GLAM Deko Promosi – Menangi Set Alas Quilt tajaan Laurea Home Furnishing

Ruang Pamer Laurea

Laurea Home Furnishing, jenama tempatan yang mengkhususkan pada seni hias dalaman dan ubah suai untuk kediaman persendirian dan ruang komersial. Pakar daIam memberi sentuhan dekorasi, Laurea Home Furnishing bukan sahaja menawarkan khidmat rundingan dan mereka bentuk gaya ruang kediaman, malahan turut menghasilkan rekaan kabinet dapur dan kemasan lembut termasuk fabrik langsir dan kusyen.

 

Terkenal dengan gaya dekorasi moden kontemporari, Laurea Home Furnishing menawarkan khidmat pemasangan kertas dinding dan mereka khas kemasan wainscotting (panel dinding). Pelanggan juga boleh menempah perabot bespoke dengan seleksi kemasan fabrik dan paten mengikut bajet dan selera masing-masing. Gaya dan konsep rekaan yang moden dan menarik dapat mengubah penampilan ruang sekaligus menjadikan kediaman lebih mempesonakan.

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Laurea menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  2. Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway dan tag @laureahomefurnishing and @glamdekomy
  3. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima
  4. Kami akan mengumumkan pemenang yang berjaya pada 1hb Mei 2017
See also
Senarai Pemenang GLAM Lelaki - JULAI 2016

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 30hb April 2017 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada  1hb Mei 2017 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikut setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.