GLAM Deko Diari – Pameran Seni Fotografi

Pameran yang berlangsung di A+ Works of Art
Buat meraikan seni fotografi dan gaya hidup urban, hasil kerja oleh artis terkenal Jepun, Daido Moriyama telah dipamerkan di Galeri A+ WORKS of Art- yang merupakan sebuah galeri seni yang baru dibuka oleh seorang pengumpul karya seni Asia Tenggara, Joshua Lim yang terletak di destinasi seni dan rekaan terkini - d6 Trade Centre di Sentul oleh YTL.
Pameran yang julung kali diadakan ini bertajuk Daido Moriyama : Mapping City diatur oleh Gwen Lee, pengarah DECK (sebuah badan bebas untuk ruang seni di Singapura) merungkaikan minat dan ketrujaan artis ini terhadap 'kota' khususnya Tokyo yang dilihat mendominasi karyanya yang bermula sejak tahun 1960an lagi. Pameran ini telah memaparkan seleksi kecil oleh hasil kerja terbaru Moriyama sekitar tahun 2015 dengan pemandangan Tokyo bersama beberapa karya signatur artis ini antaranya 'Dogh' dari rangkaian Hunter. seleksi ini manmpilkan 38 helaian cetakan tangan fotografi yang ditandatangan sendiri oleh Daido Moriyama, dihasilkan di Tokyo khusus untuk pameran ini.
Sangat dikenali sebagai figura utama dalam bidang fotografi di Jepun, hasil kerja Moriyama telah mempengaruhi dan meninggalkan impak kepada pembangunan estetik budaya Jepun, dan beberapa jurugambar peringkat dunia. Walau bagaimanapun, pemahaman tentang sumber dan perkembangan tentang dunia fotografi masih lagi samar-samar khususnya di peringkat Asia Tenggara biarpun Moriyama telah berkongsi idea dan dasil kerjanya di institusi serata dunia.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Jul 07, 2026
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jul 07, 2026
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Jul 06, 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Jul 06, 2026
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026

