Fokus - Faktor Penting Pelaburan Hartanah - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Fokus – Faktor Penting Pelaburan Hartanah

Dominasi pilihan hartanah hari ini hadir dalam pelbagai pilihan dan lokasi. Bagaimana untuk memastikan anda membuat pilihan yang bijak dan praktikal seiring gaya hidup masa kini?

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Proses matang

Merujuk kepada lokasi ada satu perkara yang sering diabaikan oleh bakal pembeli. Untuk mereka yang sentiasa bergelanggang dalam dunia hartanah, kematangan sesuatu projek pembangunan adalah antara perkara yang dipertimbangkan. Disebabkan faktor kesesakkan yang semakin meningkat di ibu kota, banyak pemaju yang memilih untuk membuka hartanah baru sama ada di sekitar kawasan pinggir bandar mahupun kawasan yang dikira luar bandar suatu ketika dahulu. Dengan kadar perkembangan dan pertambahan penduduk yang semakin meningkat, pilihan hartanah mula beralih ke satu arah berbeza yang memberikan pelbagai pilihan baru untuk memastikan ia memenuhi kehendak pasaran dan permintaan keperluan berbeza. Khusus untuk hartanah yang baru dibuka, jika pembelian adalah untuk peluang pelaburan, anda perlu membuat kira-kira, apakah kawasan ini bakal matang dalam jangka masa yang pendek atau pun panjang. Berbanding dengan lokasi di tengah kota yang kebanyakannya adalah dikira matang, kadar kenaikkan nilainya lebih pantas tanpa menunggu lebih lama, namun kebanyakannya hadir dalam pilihan saiz yang terhad. Ada juga kondisi yang mana sesuatu kawasan itu sudah stagnant kerana tiada lagi pertambahan yang boleh terjadi kerana persekitaran yang sudah terlalu sesak. Ini juga terjadi kerana kesesakan jalan raya dan elemen lain yang menjadikan hartanah ini menjadi kurang menarik.

See also
Promosi - Menangi Koleksi Eksklusif dari Eclectic Moroccan Living