Deko Inspirasi Ternama
Buat pencinta dekorasi, saluran Life Inspired membawakan "Inspiring Homes", rancangan yang menjengah ke enam buah kediaman terpilih dan berkongsi kisah inspirasi oleh pemiliknya dalam membina kediaman impian dan pilihan rekaan yang diterjemahkan. Dikendalikan oleh dua nama besar dalam dunia pengacaraan, Jason Godfrey dan Aishah Sinclair, rancangan ini menampilkan kediaman dalam saiz berbeza seperti kondominium juga vila dengan membawakan paparan berkaitan tip penataan ruang mengikut kesesuaian.
"Negara majmuk seperti Malaysia ini menawarkan pilihan gaya hidup yang menyeluruh mengikut keperluan berbeza setiap individu. Apa sahaja gaya peribadi anda, tradisional atau moden, minimalis atau sebaliknya, sememangnya terdapat sebuah kediaman yang akan menepati cita rasa anda. Peluang melihat sendiri kediaman indah di Malaysia melalui pengendalian rancangan ini membuka lebih pemahaman pada saya tentang apa yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia dalam mencipta dekorasi kediaman. Selepas melihat kesungguhan dan dedikasi yang diletakkan oleh setiap pemilik kediaman, saya menyedari bahawa tidak kira di mana sahaja anda tinggal, atau jenis kediaman anda, anda sebenarnya mampu mencipta kediaman yang menginspirasikan," kongsi Jason.
Antara kediaman yang dipaparkan menerusi siri ini adalah milik pereka tersohor, Dato' Rizalman Ibrahim, di mana dia turut berkongsi tip mengenai rekaan bersifat kontemporari dan nasihat untuk pembeli baru mengenai pembelian kediaman. Manakala Pengarah buat M Moser Global Design, Ramesh Subramaniam berkongsi mengenai fungsi sesebuah rekaan, transisi sesebuah ruang juga hasil seni yang bersifat eklektik sambil membawa penonton menyelusuri unit kondo miliknya.
Rancangan ini mula menemui penonton saluran LI TV pada 6 Disember setiap Selasa jam 10 malam di rangkaian Astro 728.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

