#WorldMentalHealthDay: Tip Atasi Kegelisahan dan Kemurungan
Bersempena sambutan World Mental Health Day, GLAM senaraikan perkara yang anda boleh lakukan untuk bantu mengatasi kemurungan dan kegelisahan dalam kehidupan harian.

- Sleep is not for the weak
Meskipun anda seorang workaholic, anda perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Rehat yang cukup bukan sahaja akan mengembalikan tenaga fizikal, malah menyegarkan minda supaya anda mampu menjadi lebih produktif di tempat kerja. Jadi jangan rasa bersalah jika anda mahu menghabiskan hujung minggu berehat di rumah daripada keluar bersama rakan-rakan. You deserve to rest!
2. Read what you love and love what you read
Luangkan 10 atau 15 minit sebelum tidur untuk membaca topik kegemaran anda. Ia bukan sahaja dapat meredakan kegelisahan malah membantu anda mencari inspirasi untuk kekal kreatif. Walaubagaimanapun, elakkan membaca sesuatu secara online kerana radiasi dari gajet seperti telefon bimbit akan membuat anda terjaga dan tidak senang tidur.
3. Music speaks for the soul
Muzik adalah salah satu medium terbaik untuk anda mengekspresikan perasaan anda. Alunkan melodi tenang serta lagu kegemaran, atau keluar nikmati live music bersama sahabat handai!
4. Take your time
Faktor utama kemurungan adalah apabila jangkaan (expectations) tidak menepati realiti. Namun begitu, anda harus sedar bahawa good things take time. Jadi, ambil masa anda dan cuba nikmati kehidupan sebaik mungkin dengan berfikiran terbuka. Teruskan bekerja keras untuk mencapai impian!
5. Talk it out
Tidak semua orang mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan tetapi terdapat insan yang ingin membantu di luar sana! Hubungi Befrienders KL atau muat turun aplikasi Vent untuk berkongsi masalah secara anonymous bersama mereka yang benar-benar mengambil berat tentang kesihatan mental anda.
Oleh: Lylatul Qadrina
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
