Resipi Hidangan Nasi Paella

Resipi Hidangan Nasi Paella

Nasipaella

Temubual ringkas bersama tukang masak tersohor negara Chef Wan baru-baru ini membangkitkan soalan hidangan terbaik yang boleh dilakukannya dalam masa 30 minit. Jawab Chef Wan, sudah tentu Nasi Paella kerana ia hidangan serba lengkap baik dari segi ramuan mahupun rasa. GLAM singkap resipi hidangan Nasi Paella dari buku tulisan Chef Wan sendiri iaitu Simply Sedap: Chef Wan’s favourite recipes.
 
Bahan-bahan diperlukan:
– 2 sudu minyak zaitun
– 6 ulas bawang putih dicincang halus
– 2 biji bawang besar dicincang halus
– 2 helai daun salam
– 1 sudu potongan daun thyme
– 1 sudu penuh serbuk paprika
– 2 batang saderi dipotong dadu
– 3 cawan beras basmati, dibasuh dan dikeringkan
– 1 biji cili capsicum merah dipotong halus
– 1 cawan kacang hijau
– 1 tin Italian plum tomatoes (dilenyek)
– 1 ketul stok ayam dilarutkan ke dalam 840ml air
– 1 sudu saffron strands
– Garam
– Lada hitam (ditumbuk)
– 400gm campuran kepingan tilapia merah, sotong dipotong bentuk cincin, udang dan remis.
– 1 ekor ketam dibelah dua
– 4 ketul ayam dipotong sesuai untuk hidangan
– 3 sudu daun pasli yang dicincang
 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak di kuali paella, tumis bawang putih, bawang besar, daun salam dan daun thyme sehingga naik aroma.
2. Campurkan serbuk paprika dan batang saderi dan goreng selama 1 minit.
3. Campurkan nasi dan kacau selama 2 minit. Masukkan capsicum, kacang hijau, tomato, stok ayam, saffron, garam, lada, makanan laut dan ayam. Kacau rata sehingga mendidih.
4. Tutup kuali dengan kertas aluminium, masak dengan api yang kecil sehingga kuah diserap dan nasi masak.
5. Sebelum dihidangkan,tabur daun pasli.
 
Simply Sedap
 
 

See also
GLAM JANUARI 2019