Related Stories
Pohon Krismas Swarovski Tertinggi Asia Di Pavilion Kuala Lumpur
Gambar: Pavilion KL
Pavilion Kuala Lumpur terus semarakkan sambutan Hari Natal dengan menjunjung tema Christmas Sparkle, sekaligus mencerminkan kemilau cahaya hari perayaan tersebut.
Bekerjasama dengan jenama mewah Swarovski, tarikan utama di gedung mewah itu pada tahun ini adalah pohon Krismas Swarovski tertinggi di Malaysia dan juga Asia. Berdiri gah di Centre Court, pohon Krismas yang diambil inspirasi dari koleksi Krismas Swarovski bersama Miranda Kerr itu mencipta rekod tersendiri dengan ketinggian sehingga 23 meter. Sejumlah 174, 853 biji kristal digunakan bagi memberi sinar cahaya dan kemilauan pada pokok Krismas itu, manakala anggaran nilai keseluruhannya adalah sebanyak RM3 juta.
Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan persembahan memukau oleh pemain piano, Charmaine Laipemain serta tetamu juga turut dihanyutkan dengan gesekan indah biola oleh Josh Kua. Koleksi musim luruh/sejuk 2015 Swarovski turut diperagakan oleh barisan peragawati yang menyarungkan busana dari Khoon Hooi.
Deborah Henry selaku hos menceriakan lagi malam tersebut yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Retail Pavilion Kuala Lumpur, Cik Joyce Yap dan Pengarah Urusan Perniagaan Barangan Pengguna Asia Tenggara Swarovski, Encik Aymeric Lacroix, merasmikan acara dengan menyalakan pohon Krismas Swarovski tersebut. Ianya turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pokok Krismas Swarovski tertinggi di Malaysia.
[soliloquy id="40459"]
Gambar: Pavilion KL
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
