Thailand jadi tumpuan pelancongan kerana tarikan barangan jualan, destinasi pelancongan terutama pantai dan makanan enak disediakan. Ketika diundang ke Thailand, ini bukan kunjungan pertama. Sekali pergi, pasti anda mahu kembali lagi kerana Thailand tidak jemu dikunjungi. Mungkin ini lah destinasi paling sesuai di hujung tahun.
Paling penting adalah memilih penginapan selesa agar percutian anda sesempurna mungkin. Selain dekat dengan tempat-tempat menarik ingin dikunjungi, biarlah hotel tersebut lengkap daripada segala kemudahan.
[envira-gallery id=”75336″]
Avani Riverside Bangkok Hotel
Avani Riverside Bangkok Hotel semestinya memenuhi segala keperluan peribadi pengunjungnya. Biarpun terletak di tengah ibu kota Bangkok, panorama Chao Phraya River daripada hotel sangat indah terutama ketika berada dipuncaknya.
Gandingan dekorasi kontemporari dan gaya moden sesuai buat semua peringkat pengunjung yang inginkan percutian santai, mengadakan urus niaga atau bulan madu.
Tidak lengkap kunjungan kalau tidak Avanispa atau bersenam di Avanifit. Skyline pula menyajikan menu enak sepanjang hari.
Petang hari waktu bersantai di kolam mandi yang indah panoramanya. Malam pula menikmati hiburan di Attitude Rooftop Bar & Restaurant.
Selain kemudahan penginapan di hotel, Avani juga menyediakan Shuttle boat untuk ke BTS Skytrain di jeti Saphan Taksin, juga langsung ke pasar malam terbesar di Bangkok, pusat hiburan dan membeli-belah yang lain.
Destinasi Wajib Dikunjungi
- Makan malam di atas Manohra Cruise sambil menyusuri sungai Chao Phraya.
- Klong Guru membawa anda menikmati kebudayaan dan warisan di Thailand.

Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
