Hangatkan Percutian Anda Dalam Bilik Paling Seksi Dunia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Rekaan eksteriornya mungkin kelihatan seperti sebuah bangunan terbiar tetapi itu juga merupakan salah satu daya tarikan Coqui Coqui Coba. Hotel yang terletak di sebuah bandar purba ini turut dikelilingi hutan, lagun dan juga gua yang anda boleh terokai. Coqui Coqui Coba juga mempunyai sebuah perfumery artisan di mana anda boleh menghasilkan wangian anda sendiri dan hotel itu sendiri berbau semerbak hasil daripada wangian-wangian yang dihasilkan. Anda boleh menempah bilik suite King Kalapa yang mempunyai jambatan gantung, teres peribadi dan pemandangan lagun yang memegunkan.