
Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Wajahnya sudah mula dilihat melewati pentas peragaan barisan pereka fesyen tempatan. Tidak kurang juga menghiasi laman-laman fesyen dan iklan komersial. Mathni Razak, Peragawan baru yang wajar diberi perhatian.
Apakah idea kebahagian sempurna?
Meluangkan masa bersama keluarga dan berjaya membanggakan mereka dengan usaha dan kejayaan yang saya kecapi sendiri suatu hari nanti.
Apakah perkara yang paling ditakuti?
Heights! Saya tidak suka menaiki roller coaster kerana ia akan membuatkan saya rasa seperti tidak akan wujud lagi di dunia ini.
Siapakah individu paling dikagumi?
Ibu. Kerana dia menjaga, memelihara serta banyak memberi sokongan penuh kepada saya sejak kecil hingga sekarang. Tidak kira apa jua situasi yang dilalui. Sesungguhnya, jasa ibu tidak mungkin dapat saya balas.
What is your favourite journey?
Percutiaan ke Hong Kong tahun lalu. Kerana ia pertama kali saya menikmati suasana serta menyelami budaya asing yang jauh berbeza dengan budaya Malaysia. Saya juga berpeluang berkunjung ke destinasi percutian seperti Disneyland, Ocean Park dan Victoria Peak. Di sana juga, saya cuba menaiki roller coaster buat kali pertama!
On what occasion do you lie?
Bila sesuatu yang dilakukan tidak mahu diketahui umum. Semua orang ada rahsia masing-masing!
Apakah bahagian penampilan anda yang tidak disukai?
Sentiasa bercukur! Tetapi saya perlu berdisiplin untuk sentiasa bercukur atau trim kerana jika tidak ia akan membuatkan wajah saya kelihatan tidak kemas dan tidak terurus.
Perkataan atau frasa yang kerap disebutkan?
‘Cayer laa…’
Apakah perkara yang paling anda kesali?
Ketika arwah bapa menghembuskan nafas terakhir dan saya tidak berkesempatan berada di sisinya. It’s my biggest disappiontments.
Siapakah atau apakah cinta teragung dalam hidup anda?
Keluarga! Walau sebesar mana pun cabaran yang dihadapi, jika bersama keluarga, masalah tersebut boleh diatasi.
Bila atau di manakah tempat anda berasa gembira?
Ketika bercuti atau melihat permandangan indah. Ia mampu memberikan kegembiraan yang sukar digambarkan.
What is your current state of mind?
Itali. Kerana seni bina yang indah seperti Rome akan membuatkan saya terbuai. Ia juga mampu memberikan saya ketenangan. I will go there sometime soon!
Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu?
Ketinggian saya.
Pencapaian terbaik?
Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang peragaan. Tetapi hari ini saya boleh gelar diri saya sebagai peragawan. But still long way to go!
What is your most treasured possession?
Cincin permberian ibu.
What do you regard as the lowest depth of mystery?
Apabila memikirkan kebahagiaan antara bapa dan anak. Lantas saya akan merasa pilu kerana tidak berpeluang menikmatinya.
What is your most marked characteristics?
Loghat Kelantan saya. Walaupun saya cuba menyembunyikannya ia tetap boleh dikesan.
Apakah perkara yang paling dihargai dalam teman-teman baik anda?
Persahabatan serta sokongan yang diberikan tidak kira susah senang. It takes time to find a true friend.
Perkara yang tidak disukai?
Apabila dipaksa melakukan sesuatu. Contohnya dipaksa menaiki roller coaster. Haha!
Motto anda?
Hidup akan berjaya jika berbekalkan usaha secukupnya dan begitu juga sebaliknya.
Rutin setiap pagi?
Cari smartphone! Haha
Being rich or poor, which one will you choose and why?
Bersederhana kerana bagi saya kita harus bersyukur dengan apa sahaja pemberian dari-Nya.
How were you as a kid?
Jawapan saya mungkin klise, tetapi ya, saya anak yang baik dan sentiasa menurut perintah.
Di manakah diri anda dalam masa sepuluh tahun akan datang?
Model yang disegani dan mungkin juga bergelar pelakon.
Perkara pelik tentang anda?
Saya boleh ‘rasa’ jika seseorang itu berniat buruk atau cubaan mengkhianati saya.
What is that you are passionate about?
Kelas gim! Saya akan rasa bersemangat setiap kali berada di sana dan akan meluangkan masa sebanyak yang mungkin.
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Lelaki edisi April 2014
Artikel Berkaitan
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JULAI 2016
GLAM LELAKI PROMOSI – OGOS 2016
Manchester United x TAG Heuer
Inspirasi fotografi bersama HUAWEI P9 & Raja Malek
camel active Memperkenalkan Koleksi Denim Story
Senarai Pemenang GLAM Lelaki – JUN 2016
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan kamera tele...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
