Use your ← → (arrow) keys to browse
“Kerjaya saya lebih mudah selepas MIFA. A stepping stone into fashion in the local scene. Selepas itu saya mula bergaul dengan orang industri. Lebih mengenal diri sendiri di dunia fesyen dan membina jenama sendiri. Sejak itu saya tidak berpaling lagi. Apa sahaja saya tempuh, tidak pernah saya sesal. Ya, semua dilakukan akan ada pro dan kontra, tetapi kita perlu bersyukur. Berjuang untuk menampung hidup dan jadi realistik pada diri sendiri,” ujarnya lebih serius.
Tambah Tengku Syahmi, keseronokan meraih populariti dan keseronokan di dalam dunia fesyen biar ada batasan kerana pada akhirnya, fesyen juga sebuah empayar bisnes yang perlu diuruskan secara lebih dewasa yang matang. Ia sebuah perniagaan yang perlu dihidupkan dan dikekalkan untuk lebih berjaya dalam jangka panjang.
“Perlu bijak dalam belajar pemasaran dan perletakkan jenama. Itu penting! Ada ketika saya merasakan Tsyahmi pegun.” tegasnya.