Pengembaraan Gastronomi Singapore Food Festival Bersama Tiffin Malaysia
Raikan semangat kulinari kreatif antara Malaysia dan Singapura bersempena Singapore Food Festival terus dari rumah dengan kolaborasi istimewa Tiffin Malaysia dan LiHO TEA.
Kembali buat edisi ke-28 tahun ini, Singapore Food Festival (SFF) yang dinanti-nantikan sabah tahun akan diadakan pada 27 Ogos sehingga 12 September 2021 dengan tema ‘Savour Singapore In Every Bite’. Tanpa perlu meninggalkan rumah, Singapore Tourism Board akan membawakan budaya kulinari ini merentasi sempadan bersama Tiffin Malaysia dan juga jenama teh pertama Singapura, LiHO TEA.
Dalam menggabungkan citarasa antara dua negara ini, Singapore Tourism Board akan bekerjasama dengan Tiffin melalui kempen ‘Tiffin at Home’ untuk memilih siri four-hand yang merupakan kolaborasi menu antara restoran Singapura dan Malaysia. Tidak dilupakan, peminat gastronomi lokal juga dapat menikamti seleksi minuman teh boba yang dilihamkan dari negara seberang dengan LiHO TEA.
SFF X Tiffin: Menu ‘Tiffin at Home’ Singapura dan Malaysia
Bersama Tiffin Malaysia, SFF menyatukan cef dari Singapura dan Malaysia untuk melahirkan beberapa siri kolaborasi menu empat tangan. Menu kempen ‘Tiffin at Home’ akan memberikan penghormatan untuk meraikan nama masakan yang paling terkenal di Singapura dengan pengaruh budaya inovatif. Kolaborasi ini akan memberikan peluang buat rakyat Malaysia juga dapat menikmati sajian istimewa kolaborasi kedua-dua buah negara ini.
1. Michelin-starred Meta (Singapura) bersama Asia’s Top 50 Restaurants 2019, Dewakan (Malaysia)
Tarikh: 3 – 4 September
Harga: RM585 (untuk 2 orang)
2. Laut (Singapura) bersama restoran moden lokal, Chocha Foodstore (Malaysia)
Tarikh: 9 – 11 September
Harga: RM200 (untuk 2 orang)
3. NOKA by Tippling Club (Singapura) bersama restoran Jepun progresif, Kikubari (Malaysia)
Tarikh: 16 – 19 September
Harga: RM350 (untuk 2 orang)
Peminat makanan di Lembah Klang yang berminat untuk menikmati seleksi menu ‘Tiffin at Home’ dengan membuat pra-pesanan makanan dan melihat pilihan menu baharu di sini.
SFF X LiHO TEA: Rasa klasik yang diilhamkan semula dalam cawan
Berita baik buat penggemar pemanis mulut. Jika anda ada mahukan pencuci mulut yang tersendiri, cuba nikmati menu minuman edisi terhad oleh LiHO TEA dengan kerjasama Singapore Food Festival. Diinspirasikan daripada salah satu kegemaran masyarakat Singapura iaitu perisa pandan, cuba Singa-Pandan Shake, susu kocak pandan berais dengan karamel masin, dilitupi dengan krim dan biskut caramel. Atau juga pilihan Singa-Pandan Lime yang lebih menyegarkan.
Kedua-dua minuman ini boleh didapati di cawangan LiHO TEA di seluruh Malaysia (Petaling Jaya, cawangan SS2, Kuala Lumpur, cawangan Mid Valley Mall dan Johor Bahru, cawangan R&F Mall) bermula dari 27 Ogos sehingga 8 Oktober 2021.
Foto: Singapore Tourism Board
Baca lebih lanjut: 5 Aktres Yang Pernah (Dan Bakal) Melakonkan Watak Diana, Princess of Wales