Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua - Glam Malaysia
Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua

Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Dengan Makna Istimewa Buat Anak Kedua

Lebih dua tahun berumah tangga, keluarga kecil Neelofa dan Haris Ismail kini meriah dengan kehadiran cahaya mata baru.

Neelofa selamat melahirkan anak keduanya yang juga berjantina lelaki pada 11 Julai lalu jam 10.45 malam di sebuah pusat perubatan. Dia dan suami berkongsi khabar gembira itu bersama peminat menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram.

neelofa haris ismail

Foto: Kosmo

“Alhamdulillah, tanggal 11 Julai 2023 pukul 10:45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa. Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cergas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,” tulis pasangan itu.

Di Sebalik Nama Putera Neelofa & Haris Ismail

Pasangan usahawan itu akan mendedahkan nama anak kedua mereka selepas genap seminggu kelahirannya iaitu pada hari Isnin, 17 Julai. “Nama hari ketujuh kita umum, Insya-Allah,” kongsi Neelofa di Instagram Story. Haris Ismail memaklumkan dia telah pun memilih nama buat puteranya dan ia merujuk pada hadis Rasulullah SAW.

“Buat masa sekarang nama anak sudah ada, Insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik. Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik. Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya, menurut Harian Metro.

Foto: Murai

Anak sulung pasangan itu, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 juga diberikan nama dengan makna indah. ‘Muhammad’ adalah nama Nabi kita yang membawa maksud ‘terpuji’ dalam bahasa Arab. Bilal pula bermaksud ‘bulan purnama’, ‘kemenangan’, dan ‘pemenang’, juga nama sahabat Nabi Muhammad yang merupakan muazin pertama dalam sejarah Islam. Adakah nama anak kedua pasangan ini juga dari kalangan nama para sahabat Rasulullah SAW? Sama-sama kita nantikan.

See also
Inisiatif Jaden Smith Untuk Membantu Gelandangan Dikritik

 

Foto: Instagram

Baca: Inspirasi Di Sebalik Nama Anak Pertama Paris Hilton