Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Bercerai

Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menurut sumber, kesabaran Kim mencapai titik akhir apabila Kanye mencalonkan diri untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat pada Julai 2020.

Sewaktu kempen pilihan raya pertamanya, penyanyi itu mendedahkan kepada hadirin bahawa Kim pernah bercadang untuk menggugurkan anak pertama mereka, North.

Kanye berkata, terdapat beberapa pil di dalam genggaman tangan isterinya. “Anda tahu, jika anda menelan pil tersebut, segalanya selesai – bayi tersebut meninggal dunia.”

Menurut US Weekly, perbuatan melampaui batas itu menyebabkan Kim mula membuat rancangan untuk meninggalkan Kanye.

Kim Kardashian Says She 'Could Do Two More' Kids with Kanye West |  PEOPLE.com
Foto: Kim Kardashian/Instagram

Bintang Keeping Up With The Kardashians ini mendapatkan nasihat kewangan daripada peguam terkenal, Laura Wasser untuk mencari jalan keluar terbaik buat keluarga mereka. Menurut laporan, segala aset dan kewangan akan dibahagi sama rata antara pasangan itu.

Satu lagi permasalahan yang timbul adalah tempat tinggal buat keempat-empat cahaya mata mereka, North, Saint, Chicago dan Psalm. Kanye mahu membesarkan anak-anak di kawasan perkampungan, jauh dari kota Los Angeles yang baginya penuh kepura-puraan. Kim pula berasakan kediamannya di Calabasas merupakan lokasi yang sesuai.

See also
Selebriti Wanita Yang Pernah Menjalani Pembedahan Kosmetik

Pasangan ini dilaporkan telah lama tinggal secara berasingan dan tidak mempunyai pilihan lain selain bercerai. “Tiada pilihan, Kim dan Kanye terpaksa berpisah kerana perhubungan dan komunikasi antara mereka telah menjadi sangat toksik,” kata satu sumber.

Foto: Gregory Pace/Shutterstock/USmagazine

Baca: Kim Kardashian & Kanye West Di Ambang Perceraian