fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Memori: Haflin Saiful
 Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life
Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun
Putera George Bakal Menghadiri Sekolah Baru di London September Ini
Percutian Singkat Villa Mewah
Home > GLAM Life > Kavita Sidhu Mengikat Cinta Bersama Jejaka Itali

Kavita Sidhu Mengikat Cinta Bersama Jejaka Itali

Kavita 1Gambar: Instagram Kavita Sidhu/Kid Chan

 
Tanggal 8 Januari 2016 menjadi saksi cinta aktres, Kavita Sidhu bersama jejaka Itali, Roberto Guiati.
 
Mengambil lokasi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Kavita cukup anggun dalam busana pengantin rekaannya sendiri manakala Guiati segak dalam persalinan sut dari Ermenegildo Zegna. Majlis diserikan lagi dengan alunan dua buah lagu oleh Ning Baizura, melambangkan ikatan cinta pasangan mempelai.
 
Detik cinta mereka bermula empat tahun sebelumnya dan tahun lalu Guiati melamar Kavita ketika mereka sedang melayari percutian di Phuket, Thailand.
 
Hampir 500 tetamu hadir menyaksikan momen indah pasangan itu antaranya Datuk Yasmin Yusuff, Hans Isaac, Deborah Henry, Hans Isaac, Vanidah Imran dan Elaine Daly.
 

[soliloquy id="42073"]

Gambar: Instagram Kavita Sidhu/Kid Chan