Kisah Tiara Paling Menarik Di Dunia - Glam Malaysia

Kisah Tiara Paling Menarik Di Dunia

Tiara adalah simbol kemewahan paling terulung buat kelompok elit dunia!

Tiara selalunya menjadi pelengkap gaya buat orang istana. Ia menjadi satu simbol kuasa juga kemewahan yang dimiliki oleh mereka. Selalunya, aksesori mewah ini dihasilkan menggunakan berlian dan permata paling unik dan cukup asli. Para permaisuri yang mendampingi raja pasti akan memakai tiara untuk menzahirkan kekayaan masing-masing. Kini, bukan sahaja orang istana yang mempunyai wang untuk memiliki aksesori kepala yang satu ini. Kerana, banyak orang kaya dunia mula mengumpulnya khas buat simpanan peribadi, kegunaan untuk acara mereka atau dimasukkan dalam wasiat.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
tiara

Carol Channing

Gianni Versace mereka satu tiara yang dipanggil Versace Tiara. Ia diperbuat menggunakan emas 18 karat serta mempunyai lebih 12000 butir berlian. Tiara ini dikhabarkan bernilai lebih USD 5 juta. Ia pernah diberikan anugerah De Beers Diamonds International Awards pada 1995. Antara selebriti yang pernah menggayakannya adalah Carol Channing, Elizabeth Hurley dan Madonna.

See also
Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar