Kemegahan Kota Rom, Lansiran Baru BULGARI
Selaras dengan situasi semasa, Bulgari berpegang pada harapan dan bertekad untuk menjalani masa depan yang cemerlang melalui penghasilan kempen musim panas 2021. Masa yang sempurna untuk meraikan kepositifan, biarpun terpaksa mengharungi waktu-waktu sukar sekarang.
Rom terlihat sebagai inspirasi Bulgari untuk mencipta tema dan konsep kempen fesyennya. Sekali lagi mengambil ciri-ciri Rom, yang sekian lama menunjangi konsep kreatif jenama mewah ini. Cahaya hangat Eternal City, pancaran cahaya yang memesonakan dan memegahkan keabadian lalu menyuntik inspirasi terbesar khusus musim ini.
Elemen kehidupan, cahaya dan faktor kebebasan yang melatari Rom yang abadi, serta sebagai satu penghormatan pada penginovasian, visi berani dan masa depan yang cemerlang, terselit pada konteks kempen. Memaparkan kembara musim panas yang hangat dengan impian baru dan skala tenaga yang menyala hebat.
Kempen dihasilkan oleh pasukan artistik, Bruno dan Nico Van Mossevelde, yang menghasilkan visual Bulgari, memberi imaginasi di luar ruang dan waktu, yang diserlahkan dengan pancaran cahaya, sambil itu membentuk keindahan dengan sentuhan agung.
Diilhamkan oleh Rom, suasana ibarat mimpi menafsirkan kecirian ikonik Rom secara nyata. Ruang langit biru yang meluas, cahaya kemasan yang hangat dan berlatarkan seni bina Rom, disatukan menjadi visual kempen yang mengangkat keagungan alam dan memiliki daya tarikan yang kuat.
Cahaya di Rom menyimbah megah tak kira waktu. Cahaya suci pagi, berkilau cerah pada belah tengah hari yang hangat dalam warna kuning muda, warna seakan emas pula terpancar sebelum matahari terbenam. Memperindahkan lagi susana Roma tiap kali mengembara ke sana.
Cahaya juga mempunyai makna tersendiri. Prinsip rekaan Bulgari seringnya menyentuh perihal Rom, keagungan kota tersebut banyak mengilhami kumpulan pereka barang kemas untuk berkarya, pada masa yang sama menikmati pengalaman “joy of making” melalui setiap pertukangan.
Melalui kempen musim panas 2021, barang kemas dan rangkaian jam tangan serta aksesori kulit mewah antara yang ditampilkan. Memberi idea gaya yang sempurna juga tersenarai dalam ‘wishlist’ hangat musim ini yang tentunya dari koleksi terkini Bulgari.
Cincin B.zero1 kekal megah yang memberi kekaguman, koleksi Monete terinspirasi dari pesonanya yang baru. Di samping BULGARI BULGARI dan BULGARI ALUMINIUM tidak hanya sebagai penunjuk waktu, arloji ini merupakan sebuah perhiasan yang didedikasikan kepada wanita yang mengidamkan keindahan berkarakter dek sematan bebatuan permatanya.
#Bvlgari
#MagnificentSummer
#BvlgariSummer
Artikel berkaitan: TB Summer Monogram, Usulkan Naomi Campbell Sebagai Wajah Kempen