5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan

Pada 30 Julai lalu telah berlangsung majlis pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Acara yang gilang-gemilang itu dilakukan di Balairung Seri, Istana Negara  dengan penuh adat resam dan mengikut tradisi Kesultanan Melayu.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran kerabat diraja yang memakai persalinan tradisional yang sudah tentunya cantik dan menarik perhatian mereka yang mengikuti berita pertabalan itu. GLAM himpunkan senarai lima persalinan menawan yang dipakai kerabat diraja yang hadir pada hari pertabalan berkenaan.

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Tuanku Zara Salim

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang sering mencuri tumpuan kerana kecantikan dan kelembutannya tampil menawan mengenakan persalinan songket kuning air yang dipadankan dengan tiara berlian yang pernah dipakai Raja Permaisuri Tuanku Bainun sepanjang 30 tahun bergelar Raja Permaisuri Perak.

Sumber info & gambar: Berita Harian, Instagram Datuk Rizalman dan Istana Negara, Instagram Perak Diraja, Instagram Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Instagram Cik Puan Sofie Louise Johansson dan Warisan Permaisuri