5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan - Glam Malaysia

5 Pilihan Persalinan Diraja Curi Tumpuan

Pada 30 Julai lalu telah berlangsung majlis pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Acara yang gilang-gemilang itu dilakukan di Balairung Seri, Istana Negara  dengan penuh adat resam dan mengikut tradisi Kesultanan Melayu.

Ia juga dimeriahkan dengan kehadiran kerabat diraja yang memakai persalinan tradisional yang sudah tentunya cantik dan menarik perhatian mereka yang mengikuti berita pertabalan itu. GLAM himpunkan senarai lima persalinan menawan yang dipakai kerabat diraja yang hadir pada hari pertabalan berkenaan.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
  1. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Baju kurung rona putih gading ini hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim dipadankan bersama selendang yang mempunyai sulaman kerawang pada hujung selendang dan dipenuhi dengan manik. Menariknya, busana diraja ini ditenun oleh penghuni penjara Penor dan Bentong dimana ilham tersebut adalah dari Tuanku Azizah sendiri yang berlambang kebesaran Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang kebesaran Johor iaitu bulan dan bintang menggunakan benang pakan perak.

Kerawang pada baju kurung tersebut juga ditenun satu persatu dan dilengkapi pula dengan manik, berlian, mutiara dan kepingan emas. Istimewanya kepingan emas itu dipinjam daripada bonda baginda, Almarhum Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad untuk mengembalikan nostalgia turun temurun zaman dahulu.