Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria - Glam Malaysia
Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria

Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria

Prada Galleria telah menjadi ikon penting dalam liga fesyen Prada. Tas ini memiliki siluet tegas dan pegangan atas, serta cukup luas untuk membawa semua keperluan sehari-hari, dicemerlangkan lagi butiran berseni lagi chic. Menghangatkan lagi keluaran koleksi ini, Prada menjemput pelakon terkenal Scarlett Johansson sebagai penghias kempen. 

Kala berbicara tentang barang investasi, biasanya tidak dapat mengalahkan desain klasik, desain yang terus mendominasi dan mengesankan selama beberapa dekad. Namun, terkadang ada sebuah karya yang menjadi ikon secara alami. Ini adalah karya investasi baharu yang mendorong untuk menjadi karya klasik di masa hadapan, yang bakal dirayakan sebagai item fesyen agung. Ini termasuklah, beg tangan Prada Galleria, yang diuntungkan oleh obsesi fesyen terhadap tas jinjing. 

Beg Tangan Musim Ini: PRADA Galleria

Mula diperkenalkan pada 2007, Prada Galleria telah menjadi buah tangan penting Prada. Dinamakan sempena butik utama bersejarah jenama itu, dibuka oleh Mario Prada di Galleria Vittorio Emanuelle II pada 1913, Galleria sentiasa diberi nafas baharu, dibayangkan semula dan disuntik tenaga segar, musim demi musim, secara nyatanya menjadi cerminan gaya masa kini dan mencorak gaya peribadi yang abadi. 

See also
MFW Street Style: Peranan Warna Dalam Suai Padan

Nada klasik yang chic

Untuk 2024, Prada Galleria di rekonstruksi pada kedua-dua permukaan dan struktur, dalam dan luar beg. Galleria Soft Grain memberikan kesan klasik segar lagi ringan, sekaligus meningkatkan rekaan klasik dengan perspektif baharu dan kontemporari. 

Bahagian luar dilapisi material kulit anak lembu yang lembut dan lapisan nappa pula memberikan beg itu kelembutan. Semua perincian logam bersalut emas, dan pilihan warna daripada hitam tulen bernuansa neutral hangat. 

prada galleria

Prada Galleria juga di cemerlangkan dengan hiasan berselang-seli daripada bunga-bunga tiga dimensi, semuanya dikerjakan dengan buatan tangan, satu demi satu, dalam kulit halus. Deretan beg yang menampilkan butiran tersebut, membolehkan bunga kelihatan menonjol, sama ada kuntuman bunga ros atau anemones, diimaginasikan semula sebagai peranti grafik oleh kumpulan kreatif Prada. 

Kempen iklan Prada the Galleria bersama Scarlett Johansson

Prada meneruskan kerjasamanya dengan Scarlett Johansson, menerokai elemen seni filem dan persembahan. Kempen ini merayakan teknik, satu penghormatan buat dunia sinema dan kehebatan seorang pelakon.

See also
COACH & Lil Nas X Drop, Koleksi Fesyen COACH Yang Terkini

Artikel berkaitan: #NYFW: “SPRING IN MANHATTAN”-Tampil Semarak Dengan Kate Spade New York SS24