Rias Wajah Dengan Solekan Natural Glow - Glam Malaysia

Rias Wajah Dengan Solekan Natural Glow

Jenama fesyen terkenal seperti Chanel, Dior dan Jacquemus sangat signifikan dengan solekan ‘Natural Glow’ di pentas peraga mereka. Supermodel seperti Bella dan Gigi Hadid, Emily Ratajkowski serta Kaia Gerber tidak asing dalam memperagakan solekan mereka. Miliki tip solekan berkonsepkan ‘Natural Glow’ yang diinspirasikan daripada pentas peragaan fesyen ‘High-End’ seperti supermodel.

1. Face Oil Adalah Fundamental Untuk Solekan Natural Glow

Face Oil sememangnya tidak asing dalam rutin untuk kulit ‘glowing’. Dalam solekan juga tidak terkecuali dalam membantu mencapai efek ‘glowing’. Jurusolek selebriti Hung Vanngo juga sangat gemar menggunakan face oil dalam solekan beliau. Jika kulit anda berminyak atau kombinasi, usah risau terdapat pelbagai jenis face oil yang dijual sesuai untuk setiap jenis kulit. Jika memerlukan bantuan yang lebih mendalam, pakar dermatologist ataupun ‘beauty consultant’ kegemaran anda sedia untuk membantu anda.

FRESH Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum

2. Less Is More! Kurangkan Penggunaan Foundation Dalam Solekan Anda

Kadang kala, bedak asas full coverage anda tidak semestinya sesuai untuk dipakai tiap-tiap hari. Penggunaan yang kerap akan membuatkan pori anda menjadi tersumbat dan membuatkan kulit anda bertambah rosak. Skin needs to breathe! Antara tip yang sesuai adalah menggantikan bedak asas anda dengan sesuatu yang lebih simple seperti tinted moisturiser, BB & CC cream ataupun hanya dengan menggunakan concealer dan pelembab muka sahaja sudah memadai.

See also
Gaya Rambut 'Bangs' Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini

Tips Extra: Jika anda inginkan sedikit ‘extra’ gunakan pengasas jenis “sheer finish” dengan high coverage concealer. Gaya ini mampu menonjolkan sedikit tekstur kemerah-merahan pipi semulajadi anda di samping kulit kelihatan tanpa cela. Anda juga boleh meratakan foundation anda dengan menggunakan tangan untuk skin-like finish.

Nars Sheer Glow Foundation
Sephora Collection High Coverage Concealer

3. Gunakan Maskara Efek ‘Lengthening’

Maskara efek ‘lengthening’ memberikan efek bulu mata yang lebih panjang, efek ini lebih natural dan senang untuk ditambah lapisan semasa memakainya untuk menambahkan kepanjangan bulu mata anda.

HOURGLASS Unlocked Instant Extensions Mascara

4. Sempurnakan Solekan Anda Dengan Liquid Atau Gel Blush Untuk Efek Yang Lebih Natural

Liquid dan gel blush sinonim dengan sifatnya yang ‘weightless’ dan senang untuk dipakai memberikan efek lebih semula jadi atau ‘second-skin finish’ membantu dalam mencapai efek ‘natural glow’ untuk solekan anda.

Tips Extra: Lip Tint juga salah satu opsyen alternatif yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengganti. Aplikasi lip tint pada pipi memberikan efek yang sama seperti pemerah pipi jenis cecair.

Glossier Cloud Paint Storm

  • Klik pada nama produk rekomendasi untuk melihat lebih lanjut mengenai butiran produk.
  • Perlukan Inspirasi: Lihat rekomendasi video youtube berikut daripada PICTURRESQUE I Regina.
See also
GLAM X Coach - Meraikan 75 Tahun Label Coach
“High Fashion” Make-up Look – no make-up make-up, wet skin, PICTURRESQUE I Regina 

Pautan Berkaitan: 5 Amalan Cantik Model-Model Terkenal
Foto: Gettyimages