Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia- Glam Malaysia

Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selain itu minyak pati Rose Otto, Sandalwood dan Frankincense juga berada dalam serum ini sudah banyaknya khasiat! GLAM menemubual secara eksklusif bersama Direktor Penyelidikan dan Pembangunan Aesop, Samy Hamada.

Samy Hamada

Lucent Facial Concentrate dikenali sebagai produk serba-boleh. Apakah penyelidikan disebaliknya ?

Lucent Facial Concentrate adalah serum penghidratan yang kuat dan diformulasikan untuk mengimbangi kulit wajah. Produk ini bersifat fleksibiliti kerana sesuai dengan kebanyakan jenis kulit. Cara penggunaanya pula boleh terlaksana secara kendiri, berlapis atau bercampuran. Tetapi adalah digalakkan untuk menggunakan set rangkaian Aesop yang lengkap untuk hasil yang efektif. Kandungan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C0 dan Niacinamide (Vitamin B3) dapat mengimbangi kulit serta membantu kulit lebih sekata.

Sebagai serum cult-favourite, adakah ianya sesuai dengan iklim tropikal di Malaysia?

Untuk penghidratan yang kuat, serum ini sesuai digunakan secara kendiri (secara bersendirian). Iklim lembap yang tinggi di Malaysia, sesuai untuk penghidratan yang ringan dengan penyerapan yang cepat.

See also
Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google

Apakah proses pembangunan serum ini dan momen kegemaran anda kala mencipta formulasinya?

Lucent Facial Concentrate telah dibangunkan dengan mencari vitamin dalam tahap tinggi untuk setiap format. Terutama buat serum bertekstur paling ringan, cepat serap, kemasan matte dan sesuai dengan kegunaan harian. Oleh itu, Aesop menawarkan alternatiif paling ringan pernah dilakukan. Momen kegemaran saya adalah kala mencipta formula dengan menguji variasi formula berbeza bersama pasukan saya. Hanya mencari yang terbaik! Yang kedua iaitu saat produk ini diperkenalkan pada dunia, walaupun agak lambat prosesnya tetapi kami menerima reviu yang positif dari klien yang mencuba serum ini buat pertama kalinya.

Untuk pengguna baru dalam penjagaan kulit Aesop, apakah rekomendasi anda untuk Lucent Facial Concentrate sebagai produk pertama untuk dicuba?

Serum ini adalah detik paling hebat dalam dunia rangkaian penjagaan kulit Aesop. Ia menyediakan penyelesaian ringkas kepada keperluan harian kulit kerana fungsi utamanya adalah memberikan penghidratan yang ringan disebalik mewah dengan vitamin berguna. Tekstur serum berair ini memudahkan penyerapan cepat dan merebak pada permukaan kulit dengan mudah. Sehinggakan anda tidak nampak kemasannya pada kulit wajah.

See also
Sensual Wangian Di Pagi Raya

Apakah yang anda cadangkan untuk mulakan rutin penjagaan kulit Aesop dengan menggabungkan Lucent Facial Concentrate?

Kami percaya pendekatan yang tidak rumit untuk penjagaan kulit, fokus pada kesihatan kulit, dan menekankan keberkesanan pembersihan kulit wajah memberi solusi terbaik. Penggunaan produk penghidratan, pengelupasan dan masker akan menghasilkan rejimen yang lengkap dan optimum.

Bagi mereka yang mencari rejimen harian dalam iklim yang lebih panas seperti Malaysia, kami mengesyorkan membersihkan kulit sama ada dengan Fabulous Face Cleanser, pembersih lembut yang dirumus untuk menyokong kebanyakan jenis kulit, atau In Two Minds Facial Cleanser, yang dirumus khusus untuk kulit kombinasi. Ikuti dengan B & Tea Balancing Toner untuk menyediakan kulit untuk penghidratan, dan urut Lucent Facial Concentrate ke dalam kulit. Lucent Facial Concentrate juga boleh diadun dengan Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Treatment untuk peningkatan anti-oksidan tambahan. Selesai dengan sapuan lembut Exalted Eye Serum di sekitar kawasan peri-orbital untuk menambah dan menyokong kulit halus di sekeliling mata.

Adakah terdapat rancangan untuk mengembangkan koleksi Lucent untuk masker, krim, dan pembersih pada masa hadapan?

Aesop merancang untuk mengeluarkan beberapa produk penjagaan  kulit baharu yang inovatif dalam beberapa tahun akan datang. Pendekatan kami adalah mengambil masa yang diperlukan untuk memastikan setiap formulasi baharu yang kami cipta memenuhi keperluan ketat kami untuk kualiti dan keberkesanan.

See also
10 Tip Kembara Cantik

Artikel berkaitan 10 Idea Set Hadiah Penjagaan Kulit Wajib Miliki