Kami Obses Dengan Gaya Rambut Pendek Daiyan Trisha
Gaya rambut pendek Daiyan Trisha mencuri perhatian ramai termasuk kami di GLAM. Jika anda tanya kami, we love it!
Setiap kali hendak mencuba gaya rambut baharu, pasti diri ini akan mencari inspirasi. Baik di Instagram, Pinterest mahupun di Facebook, sibuk membelek gaya selebriti mana yang mahu dicedok inspirasinya. Dan selalunya, mantra ‘new year, new hair‘ akan diguna pakai bagi mencipta gaya berbeza setiap kali menjelang tahun baharu. Namun, tidak buat Daiyan Trisha. Baru-baru ini dia tampil memuat naik gaya rambut baharu di laman Instagramnya, dan kami serta-merta obses!
Bukan tidak pernah melihat Daiyan Trisha berambut pendek sebelum ini. Dia juga kerap menggayakan gaya rambut pendek paras bahu dan selalu distailkan gulung panas bagi melengkapkan look ala-ala summer beach wave yang popular digayakan beberapa pempengaruh digital Hollywood seperti Aimee Song. Namun, kali ini, Daiyan Trisha tampil dengan stail rambut yang lebih pendek. Gaya potongan bob berserta fringe yang dilakukan oleh Miedy Daniel buat Daiyan Trisha ini ternyata amat padan dengan rupa bentuk wajahnya.
Selebriti lain juga tidak ketinggalan meninggalkan komen berbaur positif di gambar yang dimuatnaiknya itu. Rata-rata ramai yang berkongsi kata puji terhadap gaya rambut pendek Daiyan Trisha ini. Antaranya Hun Haqeem, Puteri Aishah dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, gambar tersebut juga meraih 87,952 likes.
Ayuh lihat beberapa lagi gaya rambut Daiyan Trisha yang pernah digayakannya sebelum ini dan masih menjadi kegemaran GLAM sehingga ke hari ini!
3 Gaya Rambut Daiyan Trisha pilihan GLAM
#1 Daiyan Trisha di Tayangan Perdana dan Sidang Media Sumpahan Jerunei
#2 Pertunjukan Fesyen Gucci Cruise 2024 di Seoul
#3 Look Ikonik Daiyan Trisha, “Mia” (Projek: High Council)