Interviu Eksklusif Bersama Mary Katrantzou Untuk Bvlgari Omnia - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Interviu Eksklusif Bersama Mary Katrantzou Untuk Bvlgari Omnia

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bagaimana anda memilih untuk berkolaborasi bersama Bvlgari?

Segalanya bermula apabila Bvlgari meminjamkan set eksklusif High Jewellery untuk pertunjukan Couture pertama saya di Temple of Poseidon pada Oktober 2019. Hubungan akrab kami berterusan sehingga saya dijemput untuk merekan koleksi kapsul aksesori, “Serpenti: Through the eyes of Mary Katrantzou,” pada Mac 2021. Kolaborasi kedua iaitu untuk wangian Omnia. Ianya satu peluang keemasan buat saya kerana diberi kepercayaan untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa untuk Bvlgari. Seperti koleksi Serpenti fokus kepada simbolik transformasi dan kelahiran semula. Sama seperti kolaborasi Omnia fokus kepada kecantikan alam semula jadi dengan reimaginasi sebuah botol berarca memegang sejambak bunga dan pilihan warna bersesuaian dengan pilihan aroma oleh Master Perfumer Alberto Morillas.

Apakah interprestasi anda untuk koleksi Omnia?

Saya mengambil inspirasi daripada semangat keriangan untuk koleksi ini. Pilihan warna pula ibarat wellness tool dan Omnia pula punya pilihan warna cukup menawan. Oleh itu, pemilihan ini sangat sesuai untuk mereka Omnia by Mary Katranzou oleh Master Perfumer Alberto Morillas. Di awal idea saya untuk Alberto adalah untuk mereka sebuah wangian yang berinspirasi Phenomenon of Synaesthesia  dan memilih pelangi sebagai simbol positif. Setiap warna yang terletak di pelangi akan terselit dengan emosi untuk setiap nota wangian. Omnia adalah lambang sebuah dialog antara dunia, pelangi dan juga memori musim panas saya sewaktu kecil di Greece. Omnia by Mary Katrantzou adalah bersifat universe.

See also
3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang

Bagaimana pula dengan proses kreatif dan inspirasi wangian ini dan juga disebalik kolaborasi bersama Alberto Morillas?

Keseluruhan kolaborasi ini tidaklah bermula dengan lancar kerana berada dalam era pandemik.Tetapi kami berjaya bersua muka ketika di London. Kali pertama berjumpa, kami memilih ilham pelangi untuk dijadikan sebuah wangian. Saya terinspirasi dengan phenomenon of Synaesthesia dan ingin gabungkan warna, aroma dan emosi dalam satu wangian. Alberto pula lebih pakar dalam memilih aroma yang mencetus emosi, dan dia ada bertanya pada saya apakah wangian pilihan sewaktu kecil. Dia memilih bunga kegemaran saya, Gardenia dan gabungkan bersama nota wangian Mandarin serta kesegaran daun ara.

KOLEKSI BVLGARI OMNIA BY MARY KATRANTZOU

Apakah memori olfaktori pilihan anda?

Pilihan saya adalah aroma bunga Gardenia. Sewaktu kecil, ibu saya sering memetik bunga gardenia segar di laman belakang rumah dan dia sering meletakkan di tepi meja kamar tidur. Itulah aroma pertama yang saya akan hidu sewaktu bangun dan tidur. Malah, ia juga mengingatkan saya saat kembara musim panas di Greece.

See also
The Alchemist Garden 1921 Ilham Ikonik

Berapa lama masa untuk menyiapkan koleksi ini bersama Alberto Morillas?

Bagi saya ianya sangat personal. Saya bertemu dengannya pada 2020 di London sebelum bermulanya pandemik. Segalanya berlaku begitu pantas, saya hanya memberitahu apa yang saya impikan dan Alberto pantas memilih aroma penuh emosi disebalik 7 warna pelangi dan membawa idea ini ke realiti.

Artikel berkaitan GLAM 101: Magis Wangian