My Secret Crush - Glam Malaysia

My Secret Crush

Siapakah crush cinta anda yang baru? Musim bunga membawa kisah yang baru di Chanel dengan koleksi Coco Crush direka dengan saiz mini untuk menambah lagi attitude baru gadis Chanel. Mereka adalah golongan yang tidak berpaksi pada satu aturan gaya sahaja, serta punya jiwa yang lebih bebas. Melihat koleksi cincin saiz mini Coco Crush ini terus diukur dengan motif kuilt yang sudah menjadi satu DNA penting Chanel sejak 1955. Motif ini dicedok ideanya oleh Gabrielle Chanel daripada sukan dunia kuda yang menjanjikan satu keselesaan yang puas.

Cincin versi mini ini hadir dalam emas kuning, putih dan emas beige. Juga boleh dipilih untuk yang ringkas kosong atau yang diserikan dengan kerlipan berlian. Rekaan garisan yang mencorak ala kuilt di permukaan cincin ini memberikan idea tentang seni gerakan juga satu gaya yang cukup halus. Lebih gah dengan pancaran kilat cincin ini kerana semuanya diperkemas dengan tangan. Hadir dalam saiz mini, boleh gabungkan dua atau tiga cincin dalam satu gaya untuk mencipta karakter pada stail peribadi.

See also
Aespa Jadi Bintang Baharu Buat Chopard