Inspirasi Kecantikan Couture Paris Spring 2020 - Glam Malaysia

Inspirasi Kecantikan Couture Paris Spring 2020

Minggu Couture Paris sememangnya sebagai satu acara yang memartabatkan penghargaan tinggi terhadap dunia seni, fesyen dan kecantikan. Tentu sekali ramai yang bersedia dan membuka minda terhadap persembahan dan penampilan baru, lantas menguji imaginasi masing-masing. Minggu Couture ini juga unik kerana hanya segelintir pereka/jenama yang meletakkan nama mereka atas jadual persembahan rasmi. Koleksi yang dipersembahkan pula merupakan koleksi fesyen yang dibuat secara bersungguh-sungguh. Daripada buatan tangan, ke perincian yang paling rumit, sehingga ke ratusan jam yang mungkin di ambil untuk hanya menyiapkan satu pasang dress, sebelum dipamerkan ke landasan fesyen. Dedikasi yang dicerminkan di Minggu Couture, sama ada dari segi fesyen, kecantikan mahupun secara estetik seni menyuluruh, di sinilah tempatnya yang memegang tempat istimewa di hati jutaan pengikut industri ini. Tersebut merupakan barisan inspirasi kecantikan yang melengkapi hasil karya masing-masing sepanjang minggu couture di Paris. 

 

Armani Prive: Natural-Looking-Skin

Photo: Armani Beauty

Pengarah kreatif Armani Beauty, mementingkan solekan wajah sempurna, hanya dengan penggunaan kosmetik secara minimal kerana penampilan No-Makeup Makeup masih menguasai dunia kecantikan. Juga diberi improvisasi dengan penggunaan sedikit warna seperti merah jambu pada bibir untuk memberi lebih dimensi pada wajah. Bagi rambut pula, model menggayakan rambut hitam dengan potongan poni di hadapan, memberi bentuk geometri untuk dimainkan bersama tekstur koleksi kali ini. 

See also
Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia

 

Dior: Garisan Mata Berganda

Photo: Getty Images

Artis solek Dior, Peter Phillips mencipta paparan mata dengan dua garisan eyeliner bak dua sayap menghala ke arah yang sama. Mencipta fokus kepada bahagian sudut luar mata untuk penciptaan bentuk ala grafik moden, dan juga memperluaskan alis mata model. Dior sentiasa bertemakan pemberian hormat kepada wanita, dan penampilan ini ibarat mengibarkan semula sayap bagi wanita untuk mengambil alih dunia. Melengkapi penampilan ini, beberapa headpieces seperti jaring, headbands, atau rambut braids dikenakan sebagai aksesori dandanan mahkota wanita. 

 

Chanel: Sleek Hair

Photo: Getty Images

Diilhamkan oleh tema klasik “School Girl” Coco Chanel, solekan pada kulit wajah kelihatan lebih licin, serta mengenakan lipatan Stylo Ombré et Contour berona Mauve mengelilingi mata untuk menghasilkan dimensi pada mata yang lebih menonjol. Dandanan rambut pula dicipta untuk penampilan yang lebih kemas juga menepati tema. Salah satu penampilan yang diketengahkan adalah Sleek Hair, di mana rambut disikat rapi kebahagian belakang. Sama ada dibelah dengan seide parts, atau kesemuanya sekali gus mengunci persona anggun model untuk beraksi di atas landasan fesyen.

See also
Godaan Wangian Dua Personaliti Coco Mademoiselle Versi Baru

 

Iris Ven Herpen: Kuasa Marin 

Photo: Getty Images

Menggabungkan tenaga seni dan teknologi kini, Iris Ven Herpen menggambarkan proses sensori rumit tubuh manusia dan mencerminkan idea tersebut dengan korelasi ekologi marin bersertakan butiran lautan yang bergelombang. Terutamanya di bahagian rambut, tercipta hasil imajinatif gelombang laut yang dihiasi menggunakan helaian rambut dalam warna yang berbeza. Model disiapkan dengan kontur grafik kreatif terutamanya solekan pada bahagian mata, salah satu daripada inspirasi makhluk di bawah air menggunakan pembayang mata berona pastel. Penampilan tema ini secara menyeluruh memberikan ciri-ciri akuatik yang mampu membawa penonton ke dunia lain. 

 

Ralph & Russo: Bayangan Pastel

Photo: Getty Images

Penampilan rambut dan solekan secara menyeluruh di landasan Ralph &Russo diilhamkan oleh tema 80-an. Menarik perhatian ramai adalah penggayaan rambut yang di balut separuh pada bahagian atas, dan separuh di bahagian bawah dengan gaya bouffants yang menyentuh ringkas akan tema yang dipilih, tanpa usaha. Solekan pada bahagian mata pula, dikenakan dengan warna-warna pastel seperti biru cair, merah jambu, dan lilac sebagai ciri tonjolan mata yang segar dan bertenaga.

See also
GOLDEN GLOBES 2023: 10 Aktres Paling Cantik Pilihan GLAM