Amira Azman, Author at Glam Malaysia - Page 12 of 32

Barisan Beauty Connoisseur GLAM BEAUTY CLUB yang pertama iaitu Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor dan Siti Hariesa berkongsi mengapa anda juga harus menjadi ahli GBC ini!

GLAM Beauty Club merekruit lima wanita cantik ini sebagai panduan untuk generasi baharu dalam dunia kecantikan yang berkongsi rahsia dan pandangan mereka mengenai arus perubahan terutama penjagaan wajah, badan dan rambut. Kerana dengan pengalaman mereka yang berbeza bidang adalah suara buat wanita di luar sana.

Wanita yang semakin mendapat perhatian ramai terutama sekali di media sosial. Arisa Soraya, pempengaruh digital. Dia memiliki seramai 54.1K pengikut di TikTok, dan kini sering menjadi wajah industri lokal hari ini. 

1) Boleh kongsikan rutin cantik anda dari pagi hingga ke malam?

Rutin cantik yang baik bermula daripada pemilihan produk penjagaan yang betul. Selesai mencuci wajah, saya akan menggunakan esen, pelembap dan kemudian semestinya pelindung sinar sebelum memulakan hari saya. Pada sebelah malam pula, saya akan memastikan wajah saya kekal ekstra lembap. Ini kerana saya mahukan kulit wajah saya sihat bersinar seperti glazed donut.