Cara Merawat Kulit Kusam Menggunakan Petua Tradisional

Petua Tradisional Untuk Merawat Kulit Kusam Dengan Berkesan

Memiliki kulit wajah yang kusam boleh membuatkan kita untuk merasa kurang keyakinan diri dengan penampilan kita. Oleh sebab itu, ramai akan mencuba pelbagai produk di pasaran untuk mencari cara merawat kulit kusam yang berkesan dengan pantas.

Pada masa yang sama, ada beberapa petua tradisional untuk merawat kulit kusam yang anda cuba. Ia bukan sahaja menggunakan bahan-bahan semula jadi, ia juga mudah untuk dicari dan murah untuk dibeli. Namun sebelum ini, kita harus fahami mengapa terjadinya kulit kusam.

Mengapa Kulit Boleh Jadi Menjadi Kusam & Kurang Bermaya?

Cara Merawat Kulit Kusam Menggunakan Petua Tradisional

Foto: Freepik

Kulit kusam disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan kulit menjadi tidak bermaya dan tidak berseri. Antara faktor-faktornya ialah:

  • Pembentukan sel kulit mati pada wajah boleh menyebabkan kulit kusam. Ia terjadi kerana penjagaan kulit yang tidak betul serta tidak menggunakan skrub wajah bagi membuang kulit mati ini.
  • Pendedahan kepada pencemaran, sinaran UV dan cuaca yang teruk juga boleh merosakkan penghalang pelindung kulit, menyebabkan ia kurang berseri.
  • Kulit kusam dan letih juga terjadi kerana anda tidak minum air yang cukup. Ini secara tidak langsung membuatkan kulit terasa kasar apabila disentuh.
  • Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, kurang tidur, dan diet yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada kulit kusam kerana ia mengganggu proses pemulihan semula jadi kulit.
See also
5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin

Petua Tradisional  Sebagai Cara Merawat Kulit Kusam Berkesan

Ada pelbagai cara merawat kulit kusam yang berkesan, namun ia memerlukan sedikit kesabaran dan masa. Selain menggunakan produk-produk yang sedia ada di pasaran, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan tradisional ini sebagai alternatif.

Ini kerana bahana-bahan semula jadi yang kami senaraikan bukan sahaja mempunyai manfaat tersendiri, ia juga murah dan mudah untuk dicari. Antara bahan-bahan tersebut termasuk:

1. Lemon

Cara Merawat Kulit Kusam Menggunakan Petua Tradisional

Foto: Freepik

Lemon mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut  membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.

Caranya: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.

See also
Kumpulan Fifth Harmony Membidas Kritikan Terhadap Cara Mereka Berpakaian

2. Susu

Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.

Caranya: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.

3. Air kosong

Air tidak hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tampak bersinar dan tegang.

Caranya: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.

4. Pisang dan Madu

Foto: Freepik

Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.

Caranya: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih. Namun begitu, sapu sedikit pada wajah terlebih dahulu untuk memastikan anda tidak alergik pada kedua-dua bahan ini sebelum menyapunya pada seluruh wajah.

See also
GLAM Deko Promosi - Menangi Kusyen Batik Tajaan KitaKita

5. Yogurt

Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.

Caranya: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.

Kulit kusam tidak semestinya akan kekal selama-lamanya. Sebaik sahaja anda memahami punca-punca ia terjadi, anda boleh cuba cara merawat kulit kusam berkesan ini.

Yang paling penting ialah anda mengikut rutin kecantikan yang betul iaitu menanggalkan solekan sebelum tidur, mencuci muka, memakai pelembap dan krim pelindung matahari setiap hari. Dengan penjagaan kulit yang konsisten, wajah juga akan tampak lebih berseri dan menawan seperti yang anda idam-idamkan.

Teks: Nur Sofea

Artikel berkaitan: 5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini