fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
7 Kebaikan Kecil Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadan
Zac Efron Terima Pengiktirafan Hollywood Walk of Fame
Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda
Blake Lively Beri Penghormatan Kepada Gossip Girl Menerusi Gaun Met Gala
5 Acara Larian Paling Ditunggu di Malaysia Wajib Disertai Untuk Pecinta Fitness
Home > Gaya Hidup > Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026

Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026

Tahun 2026 menyaksikan ramai selebriti terkenal memilih untuk membawa hubungan mereka ke tahap yang lebih serius apabila tampil mengumumkan pertunangan dan meraikan fasa baharu bersama insan tersayang. 

Tahun 2026 seakan menjadi tahun cinta buat ramai selebriti terkenal apabila satu demi satu tampil berkongsi berita pertunangan mereka kepada umum. Daripada lamaran mewah yang romantis sehinggalah momen intim yang cukup peribadi, kisah cinta mereka menjadi antara topik hangat yang dibicarakan oleh para peminat. Kini selangkah menuju pelamin, pasangan-pasangan ini dilihat semakin terbuka berkongsi detik istimewa mereka bersama. Kehadiran cincin di jari menjadi permulaan kepada fasa baharu yang lebih serius dalam hubungan mereka. GLAM kongsikan pasangan selebriti yang sudah mengikat janji pada tahun 2026!

Ini Deretan Pasangan Selebriti Yang Bakal Bergelar Suami Isteri!

Bella Astillah dan Syed Saddiq

I Do! Ini Pasangan Selebriti Yang Sudah Mengikat Tali Pertunangan 2026

Hubungan yang pada awalnya terjalin atas dasar kerja akhirnya membawa Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ke fasa yang lebih serius. Dengan panorama indah Gunung Kinabalu sebagai latar, lamaran yang dilakukan oleh Syed Saddiq tampil cukup romantis dan mencuri perhatian ramai peminat. Keserasian yang tercetus menerusi beberapa kempen dan penampilan bersama membuatkan nama Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed sering menjadi perhatian ramai. Bermula atas urusan kerja dan kolaborasi profesional, hubungan mereka dilihat semakin rapat apabila kedua-duanya selesa meluangkan masa bersama, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Majlis pertunangan yang berlangsung secara eksklusif dan dihadiri rakan-rakan industri pada 28 Mac itu menyaksikan kedua-dua mempelai tampil anggun dalam persalinan rona biru cair. Peminat kini tidak sabar menantikan hari bahagia pasangan ini yang dijangka diraikan dalam suasana penuh meriah. 

Dove Cameron dan Damiano David

I Do! Ini Pasangan Selebriti Yang Sudah Mengikat Tali Pertunangan Tahun 2026

Dove Cameron dan Damiano David pertama kali bertemu di Anugerah MTV Video Music Awards 2022, ketika kedua-duanya turut dicalonkan bagi kategori Artis Baharu Terbaik, sekali gus menjadi titik awal perkenalan mereka dalam dunia hiburan antarabangsa. Hubungan yang dikatakan berkembang secara perlahan dan intim itu dipercayai bermula daripada usaha untuk saling mengenali hati budi masing-masing sebelum menjadi lebih rapat dari semasa ke semasa. Pada 3 Januari 2026, Dove Cameron mencuri perhatian peminat apabila memuat naik satu hantaran di media sosial yang memaparkan cincin pertunangan di jarinya.  Dalam kapsyennya, penyanyi dan pelakon itu menulis, ““Bahagian kegemaran saya dalam kehidupan ini..selamat tahun baharu.” Ini menggambarkan momen tersebut sebagai antara yang paling bermakna dalam hidupnya. Sementara itu, Damiano David turut berkongsi gambar yang sama di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas namun penuh makna, “Ini akan menjadi tahun yang indah.” Perkongsian serentak itu menunjukkan simbol hubungan yang bakal menuju ke fasa baharu.

Halle Berry dan Van Hunt

I Do! Ini Pasangan Selebriti Yang Sudah Mengikat Tali Pertunangan Tahun 2026

Pasangan ini pertama kali diperkenalkan oleh abang kepada Van Hunt sewaktu pandemik Covid-19, sebelum kedua-duanya mula berkenalan lebih rapat. Selepas hampir enam tahun menjalinkan hubungan, Halle Berry dan Van Hunt akhirnya dilaporkan telah bertunang, sekali gus menandakan satu lagi fasa penting dalam perjalanan cinta mereka. Khabar pertunangan itu menjadi perhatian peminat kerana hubungan pasangan ini sememangnya sudah lama dikenali sebagai antara yang stabil dan matang dalam dunia hiburan, dengan kedua-duanya sering tampil saling menyokong kerjaya serta kehidupan peribadi masing-masing. Pelakoni filem X-Men, mengumumkan pertunangannya bersama pasangan Van Hunt ketika penampilannya di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 5 Februari 2026. Pengumuman tersebut dibuat secara terbuka di hadapan penonton studio, sekali gus mencetuskan sorotan dan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia. 

Alex Albon dan Lily Muni He

I Do! Ini Pasangan Selebriti Yang Sudah Mengikat Tali Pertunangan Tahun 2026

Pelumba Formula 1 pasukan Williams Racing, Alex Albon dan pasangannya, Lily Muni He kini sah bertunang selepas menjalinkan hubungan sejak 2019. Pasangan ini dikatakan mula berkenalan menerusi media sosial apabila kedua-duanya menunjukkan minat terhadap dunia sukan masing-masing iaitu Formula 1 dan golf, sebelum hubungan itu menjadi semakin rapat. Dalam satu temu bual bersama Golfweek pada 2021, Lily iaitu seorang pemain golf, pernah menggambarkan Alex sebagai seorang yang sangat lucu selain mengakui mereka saling memahami antara satu sama lain. Kedua-duanya juga melalui perjalanan karier yang hampir sama apabila mereka memulakan bidang sukan masing-masing sebagai pemain baharu dan berdepan pelbagai cabaran bersama sepanjang hubungan mereka. Berita pertunangan itu diumumkan sendiri oleh Alex dan Lily menerusi media sosial dengan memuat naik sekeping gambar penuh bahagia sambil mempamerkan cincin di jari Lily, sekali gus mengundang ucapan tahniah daripada peminat dan rakan atlet di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: 5 Pasangan Selebriti Memilih Kehidupan Cinta Privasi