fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dioriviera: Satu Kembara Yang Menakjubkan
H&M Studio Koleksi SS2; Tiba Masa Untuk Tekan Play
Fesyen Karpet Merah Anugerah CFDA 2018 Menggegarkan Kota Brooklyn
FERRAGAMO SS24 Fashion Show Livestream
The Eighties Dream
Home > Ini Tampilan Gaya Selebriti Terbaik Di Met Gala 2026

Ini Tampilan Gaya Selebriti Terbaik Di Met Gala 2026

Daripada Beyoncé yang hadir di dalam persalinan oleh Olivier Rousteing kepada Anok Yai yang mecuri perhatian memadukan busana daripada Balenciaga, barisan tetamu A-listed yang hadir ternyata memandang serius terhadap kod pakaian “Fashion Is Art”!

Malam paling eksklusif dalam kalendar fesyen kembali mengubah tangga ikonik Metropolitan Museum of Art menjadi ruang ekspresi yang melangkaui sekadar gaya. Met Gala 2026 hadir dengan pendekatan yang lebih berlapis, mengangkat tema “Costume Art” sebagai satu eksplorasi mendalam tentang hubungan antara tubuh, tekstil dan nilai artistik. Tahun ini, naratifnya jelas, dengan kod fesyennya “Fashion Is Art”, ia tidak lagi berdiri sebagai pelengkap identiti semata-mata, tetapi sebagai karya seni yang hidup. Setiap penampilan pada malam gala ini terasa seperti sebahagian daripada instalasi bergerak, selari dengan tema yang meneliti bagaimana pakaian boleh berfungsi sebagai medium kreatif yang setara dengan lukisan dan arca.

Kemunculan Beyoncé menjadi momen klimaks malam tersebut, selepas kali terakhir menghadiri acara gemilang ini pada 2016, selebriti A-listed ini kembali dengan rekaan busana kristal oleh Olivier Rousteing. Beralih pula dengan rakan co-chair buat Met Gala tahun ini, Nicole Kidman pula membuka malam dengan keanggunan klasik dalam persalinan merah daripada Chanel, diitemani anaknya, Sunday Rose yang mengimbangi elemen antara couture dan klasik.

Dalam spektrum yang lebih eksperimental, Rihanna yang merupakan queen of Met Gala memilih rekaan daripada Maison Margiela yang dekonstruktif dan hampir surealis, manakala Anok Yai hadir berbusana Balenciaga dengan siluet elegan yang menyerupai arca moden. Selain itu, antara yang turut mencuri tumpuan seperti Emma Chamberlain yang mengolah estetika artistik melalui custom Mugler, sementara model ikonik Alex Consani membawa pendekatan lebih eksentrik dan kontemporari bersama Gucci.

Dalam satu gelombang yang lebih global, kesemua ahli Blackpink turut diperlihatkan hadir dan tampil dalam kolektif yang mempamerkan pelbagai interpretasi seni melalui identiti masing-masing. Jennie mengekalkan keanggunan klasik Chanel dengan sentuhan moden, manakala Jisoo menyerlahkan sofistikasi couture dalam persalinan Dior. Lisa pula mencuri tumpuan menerusi rekaan avant-garde oleh Robert Wun yang terasa seperti instalasi seni bergerak, sementara Rosé memilih minimalisme tajam daripada Saint Laurent. Acara berprestij Met Gala tahun ini pastinya memberi kehangatan yang luar biasa buat sejarah fesyen global yang terus berkembang sebagai karya seni yang hidup, merentas sempadan budaya dan imaginasi.

Deretan Tampilan Gaya Selebriti Di Met Gala 2026

1. Beyonce – Olivier Rousteing

2. Rihanna – Maison Margiela

3. Anok Yai – Balenciaga

4. Jennie – Chanel

5. Emma Chamberlain – Mugler

6. Lisa – Robert Wun

7. Alex Consani – Gucci

8. Kylie Jenner – Schiaparelli

9. Ejae – Swarovski

10. Jisoo – Dior

Artikel berkaitan: Semua Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Met Gala 2026!