fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Putera Harry Dijangka Tunda Pelancaran Buku Biografi
Sorotan Pilihan untuk Disember 2024 di Prime Video
GLAM Weddings: Kemeriahan Majlis Resepsi Pevita Pearce & Mirzan Meer
15 Momen Terpenting Dalam Kehidupan Permaisuri Rania
Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu
Home > Gaya Hidup > Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

The RuMa Hotel & Residences, sebuah hotel Michelin Key, mempersembahkan Chapters of Craft Afternoon Tea, sebuah pengalaman eksklusif bertempat di The LIBRARI dengan kolaborasi bersama Lladró. Ia menawarkan ruang penuh makna untuk meraikan detik istimewa seperti Hari Ibu dan Hari Bapa. 

Sempena merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa, anda boleh menikmati minum petang istimewa bersama insan tersayang di The Ruma Hotel & Residences diiringi rekaan porselin daripada Lladró. Menggabungkan seni, rasa dan elemen interaktif, Chapters of Craft Afternoon Tea menghadirkan peluang kepada anda untuk meraikan momen yang sangat bermakna. Daripada hidangan savoury ke manisan, pengalaman santapan ini mewujudkan ruang untuk hubungan, perbualan dan kenangan yang kekal abadi. 

5 Bab, 1 Perjalanan Rasa

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Bertempat dalam suasana intim The LIBRARI di The RuMa Hotel & Residences, pengalaman kulinari  ini disajikan dalam 5 bab yang dirangka dengan penuh teliti di mana setiap satunya terasa istimewa. Di sini, cita rasa tempatan diberi nafas baharu dan diolah semula dalam bentuk hidangan yang lebih segar. Diiringi sentuhan Chef Eksekutif Suhalmi Tasir yang membawa nuansa Malaysia yang begitu dekat di hati, dan diterjemahkan dengan teknik yang lebih halus.

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Misalnya, arancini berinspirasikan nasi dagang dan ayam gulai, hinggalah vol-au-vent yang diberi tafsiran baharu bersama salad nasi telang, udang kecil dan bunga bawang putih. Sementara itu, hidangan manisan oleh Être Patisserie hadir dengan kelembutan yang tersendiri. Teh tarik mousse cake dengan lapisan kompot pisang membawa sentuhan nostalgia dalam bentuk yang lebih elegan, manakala tart kopi putih Ipoh dengan ganache dan praline dari Ipoh pula membawakan kekayaan rasa yang lembut tetapi berlapis. 

Kehalusan Seni Yang Mengikat Rasa Dan Emosi

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Dicipta sebagai sebuah penerokaan multisensori terhadap seni pertukangan, kolaborasi ini meraikan Hari Ibu Bapa melalui gabungan seni, rasa dan kreativiti. Setiap karya Lladró yang direka dengan penuh ketelitian dan setiap elemen di The RuMa Hotel & Residences turut mencerminkan falsafah reka bentuk yang penuh pertimbangan sekaligus menggambarkan secara halus nilai kasih, kesabaran dan dedikasi yang menjadi inti kepada keibubapaan. Melengkapi perjalanan kulinari ini ialah keindahan seni porselin Lladró yang dipamerkan melalui bentuk bunga yang halus, komposisi arca yang elegan serta lithophane bercahaya daripada koleksi seperti Flower Heritage dan Utopical. Setiap karya menzahirkan proses pertukangan yang begitu teliti dan menyatukan warisan seni dengan sentuhan reka bentuk kontemporari yang kekal relevan.

Pengalaman Kreatif Yang Penuh Sentuhan Peribadi

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Setiap hari, tetamu dijemput untuk menikmati momen kraf secara kendiri lantas menghayati seni Lladró melalui proses penciptaan yang lebih peribadi. Hasilnya, sebuah cenderamata terpilih yang direka untuk dibawa pulang sebagai kenangan kecil yang bermakna daripada pengalaman ini. Pada 14 Mei 2026, Lladró akan membawa kehadiran istimewa Silvia Pérez Nebot ke The LIBRARI di The RuMa Hotel & Residences sebagai sebahagian daripada acara eksklusif ini. Sebagai artis bunga terkemuka dengan lebih dua dekad pengalaman membentuk bunga porselin ikonik jenama tersebut, beliau membuka peluang eksklusif kepada tetamu untuk menyaksikan sendiri kehalusan di sebalik setiap karya Lladró. 

Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’

Pengalaman Chapters of Craft Afternoon Tea di The RuMa Hotel & Residences ditawarkan dalam dua sesi harian, iaitu 1:30 petang hingga 3:30 petang serta 3:30 petang hingga 5:30 petang. Tetamu boleh memilih The Prelude untuk seorang pada harga RM168, yang tersedia setiap hari, atau The Grand Volume untuk dua orang pada harga RM358, yang hanya ditawarkan pada Sabtu dan Ahad. Pengalaman terhad ini berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun 2026, menjadikannya satu tempoh eksklusif untuk mengabadikan detik istimewa ini.

Artikel berkaitan: Sabato’s Kembalikan Momen Dekad 70-an