fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Gaya Pasangan Selebriti di KLFW 2023 Pilihan GLAM
5 Jenama Fesyen Untuk Diterokai Sempena CNY 2025
Come On Barbie Let’s Go Party!
Online Store H&M Kini Berada Di Malaysia
Gaya Artis Hollywood Bersama Carolina Herrera.
Home > Fesyen > ‘Flight Mode’ Oleh Louis Vuitton Buat Gaya Kembara Dinamik

‘Flight Mode’ Oleh Louis Vuitton Buat Gaya Kembara Dinamik

Terokai seni kembara alaf baharu dengan Louis Vuitton Flight Mode 2026. Daripada beg Low Key yang minimalis hingga ke helaian kargo sofistikated, definisikan gaya globetrotter anda di sini. 

Destinasi bukan hanya titik koordinat, tetapi satu pernyataan gaya. Louis Vuitton sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai “Art of Travel” dengan pelancaran koleksi Flight Mode 2026. Koleksi ini direka khusus buat sang globetrotter moden yang mendambakan keseimbangan antara estetika mewah dan keselesaan mutlak ketika merentasi benua.

Estetika Versatil & Tekstur Luar Biasa

 

Sama ada anda sedang menikmati kedinginan lembah di California atau bersantai di pesisiran pantai biru, Flight Mode menawarkan siluet yang cukup effortless. Helaian ready-to-wear musim ini menampilkan hooded bomber jacket, kardigan, dan gilet yang dihasilkan daripada material kulit luar biasa daripada kemasan supple grained yang lembut hinggalah ke tekstur velvety soft yang membelai kulit. Palet warna neutral yang elegan memastikan setiap helaian kekal versatil dan sofistikated.

Sentuhan Denim & Cetakan Ikonik

Denim musim ini tampil dengan nafas baharu menerusi rona faded blue-grey yang digabungkan dengan interpretasi Louis Vuitton Brown Denim Monogram. Potongan seluar longgar dan jaket kargo memberikan aura santai namun tetap high-fashion. Bagi pencinta gaya feminin, palet warna tangerine, rosé, dan sienna pada fabrik silk dan taffeta memberikan kebebasan bergerak yang optimum.

Jangan terlepas pandang pada motif Mahina putih coklat yang menghiasi set pijama ikonik LV. Menariknya, terdapat cetakan eksklusif yang diinspirasikan daripada kunci suite hotel mewah di 103 Avenue des Champs-Élysées, satu penghormatan buat sejarah perhotelan mewah Paris.

Aksesori Wajib Milik: Low Key Bag & LV Sneakerina

Melengkapi gaya kembara ini adalah beg Low Key dalam rona Moonstone dan Quartz. Rekaan minimalis hobo ini bukan sahaja praktikal, malah sarat dengan nilai artisan menerusi perincian gembok emas ‘LV’. Untuk langkah yang lebih tangkas, LV Sneakerina kini kembali sempena ulang tahun pertamanya dalam versi mule dan bot yang cukup sporty-chic.