fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Apa Itu Terapi Cahaya LED yang Menjadi Rahsia Kulit Glowing?
Semak List Ini Dulu Sebelum Pasang Bulu Mata
Rahsia Bulu Mata Lentik Sepanjang Hari? The Ordinary Ada Jawapannya!
Bual Cantik Bersama Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim
Tip Menggayakan Gincu Terang
Home > Jacob Elordi Kini Wajah Baharu BLEU DE CHANEL

Jacob Elordi Kini Wajah Baharu BLEU DE CHANEL

Rumah fesyen CHANEL terus mengukuhkan naratif maskuliniti moden dengan pengumuman Jacob Elordi sebagai wajah baharu untuk wangian ikonik BLEU DE CHANEL.

Lebih daripada sekadar pelantikan, ia menandakan satu bab baharu yang meraikan karakter lelaki hari ini tenang, kompleks dan penuh ekspresi diri.

Dikenali melalui peranan yang mencuri perhatian serta aura yang memikat, Jacob Elordi mewakili generasi baharu yang tidak terikat dengan definisi tradisional maskuliniti. Gayanya yang effortless, digabungkan dengan kehadiran yang kuat di layar, menjadikannya pilihan yang tepat untuk membawa identiti BLEU DE CHANEL ke arah yang lebih kontemporari.

Maskuliniti Baharu yang Lebih Intuitif

Sebagai wajah BLEU DE CHANEL untuk tahun 2026, Jacob Elordi melambangkan maskuliniti yang lebih intuitif, bebas dan tidak terikat dengan konvensi lama. Ia adalah interpretasi lelaki moden yang meraikan individualiti, misteri dan ekspresi diri yang lebih jujur.

Pemilihannya mencerminkan semangat BLEU DE CHANEL itu sendiri, yakmi wangian yang sinonim dengan kebebasan, daya tarikan semula jadi dan identiti yang tidak dibuat-buat.

Pilihan yang Sarat Makna

Menurut Thomas du Pré de Saint Maur, Head of Global Creative Resources, Fragrance & Beauty CHANEL, pemilihan Elordi bukanlah sesuatu yang kebetulan. Beliau telah lama diperhatikan sejak kemunculannya dalam Euphoria, dan pertemuan mereka di set kempen N°5 sebelum ini menjadi titik penting yang mengukuhkan hubungan kreatif ini.

Elordi disifatkan memiliki keseimbangan unik antara moden dan klasik, satu ciri yang sangat selari dengan DNA BLEU DE CHANEL.

Penghormatan kepada Legasi Sinema

Bagi Jacob Elordi sendiri, pelantikan ini membawa makna yang mendalam. Beliau mengakui hubungan erat BLEU DE CHANEL dengan dunia sinema, serta menghargai legasi para pembikin filem dan pelakon yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarahnya.

Menjadi wajah kepada wangian ini dianggap sebagai satu penghormatan besar dalam perjalanan kerjayanya.

Bab Baharu BLEU DE CHANEL

Kempen terbaharu BLEU DE CHANEL L’EXCLUSIF yang menampilkan Jacob Elordi dijangka dilancarkan pada Mei 2026 dan sudah pastinya menjadi antara momen paling dinanti dalam dunia kecantikan dan gaya hidup global. Ia bukan sekadar kempen baharu, tetapi kesinambungan kepada naratif maskuliniti moden yang terus berkembang bersama CHANEL.